Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bicara Saman Barangan Kemas...

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya...

Samsung Perkenal Galaxy S10...

SAMSUNG Malaysia Electronics hari ini memperkenalkan model terbaharu telefon pintarnya bagi siri Galaxy...

Dek Gelekan Maut, Nama...

SATU video yang menunjukkan seorang gadis Melayu cantik hangat menari lagu One Dance...

Mufti WP Doakan Pitt...

SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendoakan...

Beri MCA Peluang Berkhidmat – Mohamad Hasan

SEREMBAN – Masyarakat Cina di Negeri Sembilan diminta supaya memberikan peluang kepada MCA berkhidmat mewakili mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau yakin MCA yang kini di bawah kepimpinan Datuk Seri Lim Chin Fui mampu memenuhi aspirasi dan kehendak masyarakat Cina hari ini.

“Di Negeri Sembilan kita mempunyai visi dan misi jangka panjang sehingga 2045 dan saya harap rakyat dapat memberikan kita mandat. Saya yakin MCA di bawah Lim akan terus mendapat tempat di hati masyarakat Cina di negeri ini dan masyarakat Cina perlu memberikan MCA peluang.

“MCA yang mempunyai pemimpin seperti Lim dan (Datuk) Chong Sin Woon (Ketua Pemuda MCA kebangsaan), mereka ini adalah pemimpin muda dan masyarakat Seremban sangat rugi jika tidak memberi mereka ini peluang memimpin,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA Negeri Sembilan di Dewan Perbandaran Seremban (MPS) di sini, hari ini yang turut dihadiri Lim, Chong, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek serta barisan Exco kerajaan negeri.

Berucap di hadapan 5,000 hadirin, Menteri Besar berkata rakyat di negara ini perlu bersyukur dengan keamanan yang dinikmati pada hari ini.


“Malaysia mempunyai kepelbagaian penduduk daripada pelbagai kaum, bahasa, budaya, agama dan adat resam. Jadi amatlah beruntung menjadi rakyat negara ini kerana kita masih mampu meraikan hari perayaan bersama-sama,” katanya sambil menambah sambutan Tahun Baharu Cina akan dijadikan acara tahunan kerajaan negeri.

“Jika kita menang (PRU14), kita akan buat (sambutan perayaan) dengan lebih meriah lagi,” katanya.

Sementara itu, Lim dalam ucapannya berkata MCA kini berusaha keras bagi meyakinkan masyarakat Cina untuk kembali menyokong parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Kami akan pastikan masyarakat Cina akan memberikan sokongan kepada MCA dan berharap supaya diberikan peluang dan kami akan berusaha keras untuk menambah undi,” katanya. – BERNAMA

Kategori