Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sasar Penerbitan 31,700 Judul...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan penerbitan negara mencapai 31,700 judul setahun menjelang 2020...

Ancaman Bom, Pesawat Ryanair...

STOCKHOLM - Pesawat Ryanair menuju ke Manchester di Britain, terpaksa dipindahkan sebelum berlepas...

Anwar Ibrahim Dibebaskan Dari...

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan...

New York Umum Tahun...

NEW YORK: Gabenor New York, Kathy Hochul menandatangani undang-undang semalam untuk mengisytiharkan Tahun...

Bersalin Pun Cantik, Nora Selamat Lahir Bayi Lelaki

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon cantik manis, Nora Danish yang telah selamat melahirkan anak keduanya pagi tadi di sebuah hospital swasta dekat ibu negara.

Sekitar satu jam yang lalu, suami kepada Nora iaitu Nedim Aziz telah mengesahkan kelahiran cahaya mata mereka di InstaStory miliknya.

“Syukur Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki. Kami akan tunjukkan wajah Ney Ney tidak lama lagi dan terima kasih atas doa anda semua,” katanya.

Di InstaStory milik rakan baik Nora iaitu Betty Rahmad, dia telah merakamkan detik manis yang mana memberitahu bahawa Nora telah selamat melahirkan cahaya mata mereka.

Detik terindah itu telah dirakamkan oleh Betty dan turut dikongsikan untuk tatapan peminat Nora.


Kelihatan wajah Nora yang masih maintain cantik walaupun baru sahaja bertarung nyawa sambil Nedim memegang putera mereka.

Namun, Betty telah memadam video InstaStory berkenaan, mungkin atas kehendak Nora dan suaminya sendiri atau kerana menurut Nedim, mereka akan menunjukkan wajah baby Ney Ney bila tiba masanya.

Nora dan Nedim telah dinikahkan pada 30 Mac 2017 yang lalu dan ianya merupakan perkahwinan kedua buat mereka.

Hasil perkahwinan yang sebelum ini, mereka masing-masing telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram (anak Nora) dan Mohamed Nedrin (anak Nedim).

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kedua-dua pasangan ini, semoga rumah tangga mereka bertambah bahagia selepas kehadiran bayi sulung mereka itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori