Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Olimpik: Azizulhasni Raih Pingat...

RIO DE JANEIRO - Pelumba basikal elit negara, Azizulhasni Awang akhirnya menyumbang pingat...

Apa Sudah Jadi? Gadis...

ENTAH bermula sejak bila, tiba-tiba rokok vape (vaporizer) menjadi satu fenomena dan kegilaan...

Penduduk Simpang Renggam Jangan...

KUALA LUMPUR - Penduduk Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim...

Masa Depan Politik Umat...

JAKARTA - Perpecahan di kalangan umat Islam yang semakin ketara di Malaysia boleh...

Biak Nyamuk Aedes, Syarikat Didenda RM7,000

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pembinaan didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan membiakkan larva nyamuk Aedes, di empat lokasi di dalam premis syarikat itu, November tahun lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Putra Perdana Construction Sdn Bhd (PPCSB) selepas syarikat itu yang diwakili pengurus keselamatan dan kesihatannya selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah.

Syarikat itu didakwa telah membiakkan serangga pembawa penyakit iaitu larva nyamuk Aedes Aegypti di dalam premis di Jalan Perdana 3/10, Pandan Perdana, di sini antara 11.45 pagi dan 11.56 pagi, 23 Nov 2016.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 13(1) dibaca bersama Seksyen 13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 23(a) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, wakil syarikat itu mengemukakan kepada mahkamah dokumen kerja pembersihan yang telah dijalankan di premis berkenaan sebelum ini dan memaklumkan syarikat itu, yang tidak diwakili peguam, akan terus menjalankan pemantauan terhadap tempat pembiakan nyamuk bagi mengelakkan kesalahan sama berulang.

Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Hulu Langat Mahfuz Mohamad bagaimanapun memohon hukuman setimpal bagi memastikan syarikat itu lebih serius menangani masalah pembiakan nyamuk yang boleh membawa maut kepada masyarakat seterusnya memberi pengajaran kepada syarikat-syarikat lain untuk tidak melakukan kesalahan sama.


“Syarikat tersebut mempunyai pasukan khas iaitu pasukan keselamatan dan kesihatan, mana mungkin mereka boleh terlepas pandang terhadap tempat pembiakan itu.

Hasil pemeriksaan juga mendapati serangga berkenaan ditemui di tempat terbuka di dalam premis, sepatutnya pasukan itu tidak akan terlepas pandang,” katanya.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota daripada Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat serbuan di premis berkenaan dan hasil pemeriksaan menemui empat tempat pembiakan larva nyamuk di dalam premis. – BERNAMA

Kategori