Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mufti Tempelak Air Jampi...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menempelak pihak...

Pemadam Mahu Akta Kesalahan...

KUANTAN - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) mencadangkan agar satu akta baharu kesalahan...

Wanita Berlumuran Darah Lepas...

Ia merupakan detik-detik yang mengejutkan apabila seorang lelaki yang sedang memandu kenderaannya di...

Zakaria Perlu Tunggu Lebih...

KUALA LUMPUR – Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd...

Bimbang AS Percepat Pindah Kedutaan Ke Baitulmuqaddis

PUTRAJAYA – Malaysia melahirkan kebimbangannya berhubung rancangan Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempercepat pembukaan kedutaan baharunya di Baitulmuqaddis menjelang Mei ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Wisma Putra berkata Malaysia percaya langkah itu akan terus menjejaskan usaha ke arah mencari penyelesaian yang menyeluruh dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel.

“Malaysia mengulangi pendirian tegasnya berhubung penyelesaian dua negara iaitu rakyat Palestin dan Israel tinggal sebelah-menyebelah dalam suasana aman, berdasarkan persempadanan sebelum 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota Palestin, sebagai satu-satunya penyelesaian boleh jaya terhadap konflik Palestin- Israel,” demikian menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan semua rakan kongsi dalam mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik.

Pada 23 Februari lalu, Jabatan Negara AS berkata negara itu merancang membuka kedutaan baharu di Baitulmuqaddis pada Mei. – BERNAMA

Kategori