Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Dipenjara 5 Tahun Kerana...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas juruteknik kapal terbang dijatuhi hukuman penjara lima tahun...

40 Warga China Lari...

IPOH - Seramai 40 warga China, dipercayai saki baki mereka yang melarikan diri...

Insiden Pokok Tumbang Berulang...

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa pokok tumbang di sekitar...

Wanita Terkejut Doktor Yang...

WANITA ini, Anastasia telah diserang dengan ganas di sebuah kelab malam hingga memaksanya...

Bina Bangunan JPJ Sabah, Kuarters Secara NBOS

PENAMPANG – Kementerian Pengangkutan mencadangkan supaya bangunan baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah dibina mengikut Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), dengan dilengkapi kemudahan lain seperti kuarters untuk keselesaan kakitangan jabatan itu.

Bangunan dan kemudahan itu boleh dibina di tapak seluas kira-kira lima hektar (14 ekar) setelah isu pemerolehan tanah diselesaikan, kata Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Saripuddin Kassim ketika menghadiri perjumpaan dengan warga Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Bangunan JPJ sedia ada di Jalan Bundusan di sini, yang dibina pada 2002, telah diisytihar tidak selamat diduduki selepas diperiksa oleh Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) pada 2009.

Pada perjumpaan itu, beliau turut menasihatkan penjawat awam kementerian itu supaya menjaga tingkah laku masing-masing ketika bertugas mahupun di luar waktu bertugas khususnya menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Kita semua tahu tahun ini adalah tahun pilihan raya. Sebagai penjawat awam, jagalah perlakuan dan tunaikan aku janji yang anda semua telah lafazkan pada hari pertama bertugas untuk berkhidmat kepada kerajaan. – BERNAMA

Kategori