Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Defisit Fiskal Dijangka Berada...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menjangkakan defisit fiskal meningkatkan sedikit kepada 3.2 peratus daripada...

Kutipan Filem OlaBola Cecah...

KUALA LUMPUR - Filem 'OlaBola' yang telah ditayangkan pawagam selama 39 hari mencatatkan...

103 Kes Kematian Akibat...

PUTRAJAYA - Kes kematian akibat COVID-19 terus mencatatkan tiga digit dengan 103 kes...

Cubaan Larikan Mesin ATM...

PONTIAN - Cubaan dua lelaki melarikan RM 160,000 dari sebuah mesin pengeluaran wang...

BN Yang Telah Diuji Akan Terus Laksana Tanggungjawab

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat perniagaan supaya tidak mengambil risiko memilih sebuah kerajaan atau gabungan yang belum dicuba dan diuji.

Beliau berkata mereka perlu terus menaruh kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memberi manfaat kepada masyarakat perniagaan.

“Tetapi kami (BN) sebagai kerajaan, gabungan kami telah dicuba dan diuji berulang kali dan kami telah melaksanakan tanggungjawab,” kata beliau pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) 2018 di sini malam ini

Najib berkata pastinya masyarakat perniagaan tidak mahu mengambil risiko terhadap masa depan dengan memilih entiti yang belum diuji untuk menerajui kerajaan.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dijangka diadakan tidak lama lagi.

Turut hadir Menteri Pengangkutan merangkap presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, presiden ACCCIM Tan Sri Ter Leong Yap dan Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian.

Perdana Menteri memberi jaminan kepada masyarakat perniagaan bahawa kerajaan mempunyai cara dan komitmen untuk melaksanakan tanggungjawabnya sambil menarik perhatian kepada projek Transit Aliran Massa (MRT) sebagai contoh.


“Kita menyiapkan projek MRT1 lebih awal dari jadual bernilai RM2 bilion di bawah bajet. Jika kita boleh melakukannya, kita juga boleh melaksanakan projek utama infrastruktur yang lain,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Najib berkata masyarakat perniagaan perlu memberi kepercayaan kepada kerajaan sekarang yang komited untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan lebih besar pada masa depan.

“Sudah tentu, kita akan cuba menjadi lebih baik, saya tidak menyatakan bahawa segala-galanya sempurna, kita menghadapi cabaran tetapi saya memberi jaminan bahawa kita akan melakukan yang lebih baik dan terbaik pada masa depan.

“Apa yang kita minta daripada anda ialah memikirkan dengan teliti mengenai masa depan kerana masa depan kelihatan cerah dan baik. Kita mempunyai rancangan untuk masa depan, kita hanya mahu anda menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori