Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Anis Akui Rindukan Privasi...

ANIS Al-Idrus atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus mengakui dia kini...

Bandar Raya Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah,...

Tak Kisah Dilabel Menteri...

PUTRAJAYA – Bermula sebagai eksekutif kanan di sebuah bank, seterusnya Ahli Parlimen dan...

Paksa Anak Bogel Untuk...

Zhongshan (China) - Seorang kanak-kanak dipaksa mengemis dalam keadaan berbogel di jalan raya...

Bolt Tunai Impian Ceburi Sukan Bola Sepak

PELARI pecut yang digelar ‘manusia terpantas dunia’, Usain Bolt mengumumkan bahawa dia akan bermain dalam perlawanan persahabatan bola sepak amal, Soccer Aid di Manchester, United Kingdom.

Soccer Aid merupakan satu acara amal yang diadakan setiap dua tahun bagi mengumpul dana untuk badan amal UNICEF.

Perlawanan tersebut akan diadakan pada 10 Jun depan di stadium Old Trafford kepunyaan gergasi bola sepak Inggeris, Manchester United yang akan turut disertai penyanyi popular Britain Robbie Williams.

Pengumuman tersebut dibuat Bolt di laman Twitter miliknya beserta satu video bekenaan perlawanan amal tersebut.

“Teruja untuk mengumumkan bahawa saya akan bermain dalam perlawanan @socceraid untuk @UNICEF_uk 2018 di Old Trafford pada Sabtu 10 Jun. Pastikan anda bersedia @robbiewillams,” tulis Bolt.

Sebelum ini, Bolt turut membuat pengumuman di laman Twitter apabila mendedahkan bahawa dia telah menandatangani kontrak bersama sebuah pasukan bola sepak untuk bermain sukan tersebut secara kompetitif.

Oleh itu, pengumuman terbaru Bolt ini nyata mengelirukan orang ramai apabila mereka menjangkakan untuk melihat Bolt bermain bersama sebuah pasukan kompetitif dan bukan dalam perlawanan amal.

Namun, ramai berpendapat Bolt sebenarnya masih berahsia dan akan mengumumkan nama pasukan yang telah ditandatanganinya itu tidak lama lagi.

Dalam pada itu, sebuah kelab bola sepak dari Afrika Selatan, Mamelodi Sundowns memberi bayangan bahawa mereka akan menandatangani Bolt untuk bermain di kelab tersebut.


Mereka memuat naik satu tweet sejurus selepas pengumuman Bolt itu dengan mengumumkan satu kejutan akan berlaku esok.

Bolt dikatakan akan menyertai pasukan itu dan bergandingan dengan bekas pemain dari kelab Liga A Australia, All Whites, Jeremy Brockie yang baru menyertai Mamelodi Sundowns Januari lalu.

Sebelum ini, Bolt mengumumkan akan bersara dari sukan olahraga selepas Kejohanan Dunia IAAF di London, United Kingdom dan akan menceburi sukan bola sepak kerana terlalu minat dengan sukan tersebut.

Bolt juga beberapa kali menyatakan minatnya untuk menyarungi jersi Manchester United kerana merupakan peminat setia kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Walaubagaimanapun, Manchester United tidak memberi respon kepada kenyataannya itu tetapi kelab Bundesliga dari Jerman, Borusssia Dortmund menawarkan Bolt untuk mengadakan sesi percubaan bersama kelab tersebut sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori