Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Penyanyi Rap Jerman Sertai...

PENYANYI rap Jerman, Deso Dogg atau nama sebenarnya Denis Cuspert yang menjadi penyembelih...

‘Saya Diktator Sebab Tiada...

SHAH ALAM - Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya bukan...

Hadi Awang Dijangka Dapat...

KUALA TERENGGANU - Kesemua lapan kawasan PAS di Terengganu dijangka memberi sokongan penuh...

Peluru Berpandu Balistik: PBB...

PERTUBUHAN Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik pada...

Bomba Mampu Kesan Punca Awal Kebakaran

KUALA LUMPUR – Keupayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bukan hanya diukur pada ketangkasan mereka berdepan situasi kebakaran, malah juga pada kebolehan mereka menghidu punca awal kebakaran dalam tempoh enam jam selepas kejadian.

Oleh itu kewibawaan dan kepakaran Bahagian Penyiasatan Kebakaran (BPK) JBPM memang tidak dinafikan dalam menjawab persoalan punca sesuatu kejadian kebakaran itu berlaku.

Ketua BPK, Penguasa Kanan Bomba 1 JBPM KL Ashari Johari berkata pasukannya akan memulakan siasatan setelah kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

“Ketika menjalankan siasatan, ketika itu kami sudah tahu punca kebakaran. Namun siasatan terperinci amat diperlukan bagi mengesahkan punca berpandukan hipotesis yang diberikan pada awal siasatan.

“Ini termasuklah mengumpulkan bahan bukti untuk dianalisis sebelum dihantar ke Cawangan Makmal Penyiasatan Kebakaran JBPM KL bagi kajian lanjut,” katanya kepada Bernama dalam temuramah eksklusif di sini.

Ashari berkata insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah benar-benar menguji kewibawaan BPK.

Beliau berkata laporan penuh kejadian itu berserta keputusan makmal untuk diserahkan ke Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan PDRM bagi siasatan lanjut, dapat disiapkan kurang dari empat hari.

Katanya hasil laporan lengkap menunjukkan bahawa pusat tahfiz itu terbakar akibat perbuatan kianat dan bukannya kerana litar pintas mahupun ubat nyamuk seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Pada 14 Sept tahun lepas, 21 pelajar dan dua warden maut, manakala masing-masing empat pelajar dan guru berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini.


Sementara itu, pada 26 Jan lepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan JBPM dalam siasatan kebakaran.

Nota itu ditandatangani Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim di Maktab PDRM di sini.

Melalui kerjasama tersebut, semua siasatan kes kebakaran yang dilaksana PDRM diserahkan kepada JBPM berkuat kuasa serta-merta dan sekiranya hasil siasatan mendapati ia mempunyai unsur jenayah, jabatan itu akan melapor dan menyerahkan laporan siasatan kepada PDRM supaya siasatan lanjut dari sudut jenayah dapat dilakukan.

Ahmad Zahid berkata kerjasama itu memecahkan kerja bersifat ‘silo’ kedua-dua agensi terlibat selama ini sehingga berlaku kelewatan dalam menyelesaikan kes kebakaran.

Katanya 3,901 kertas siasatan kes kebakaran dibuka PDRM sejak tiga tahun lepas, namun 477 kes masih tertangguh dan belum selesai. – BERNAMA

Kategori