Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sistem Efisien Bantu Warga...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu mengadakan kerjasama dengan Bangladesh bagi...

Kesihatan Mulut Kanak-Kanak Di...

KUALA TERENGGANU - Statistik status kesihatan mulut dalam kalangan kanak-kanak di Terengganu pada...

Rosmah Lawat Mangsa Banjir...

GUA MUSANG - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meluangkan...

4 Tentera Thailand Cedera...

NARATHIWAT – Empat anggota tentera cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan tempur yang...

Bunkface Jalin Kerjasama Dengan KLFA

BULAN lalu, kumpulan Bunkface diumumkan menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) di mana Bunkface menawarkan penajaan dari segi pemasaran dan penjenamaan.

Bercakap mengenai projek kerjasama itu, anggota Bunkface, Farouk Jaafar yang lebih dikenali sebagai Youk, menjelaskan bahawa kumpulan itu optimis kerjasama yang terjalin itu memberi manfaat serta mewujudkan situasi menang-menang kedua-dua pihak.

Jelasnya, Bunkface mula berbincang mengenai kerjasama bersama KLFA akhir tahun lalu sebelum kata akhir dicapai awal tahun ini akan mencipta lagu tema untuk persatuan tersebut sebagai permulaan.

“Sebagai permulaan, kita akan mencipta lagu tema dan menjayakan program promosi persatuan ini. Ini menyediakan ruang untuk kami berinteraksi dengan peminat bola sepak,” katanya memetik portal BH Online.

Bunkface menandatangani kontrak dua tahun dengan KLFA bermula bulan lalu dan akan terbabit dalam kerja pemasaran, promosi serta penjenamaan semula persatuan bola sepak tersebut.

Selain Youk, Bunkface yang turut dianggotai Sam dan Paan berharap lagu yang akan dilancarkan tidak lama lagi itu mampu menjadi pembakar semangat penyokong setia pasukan Kuala Lumpur.

“Kita akan lancarkan lagu khas untuk KLFA pertengahan tahun ini. Material sudah ada, hanya menunggu untuk merakamkannya di studio.

“Kami berharap lagu ini akan menjadi pembakar dan peniup semangat peminat bola sepak terutama KLFA,” katanya.

Pasukan Kuala Lumpur, membuat kemunculan kembali di Liga Super Malaysia tahun ini selepas berjaya menjuarai Liga Perdana pada tahun 2017.


Berkongsi perkembangan terbaru Bunkface, Youk berkata mereka sedang menyiapkan sebuah album baru yang memuatkan lapan lagu.

“Selain lagu Kembali yang sudah dipromosikan dengan nafas baharu tahun lalu, kita akan muatkan tujuh buah lagu baharu.

“Ada empat lagu dalam Bahasa Inggeris dan selebihnya Bahasa Melayu,” ujar Youk.

Tambah Youk, album tersebut dijangka dilancarkan Ogos depan dan selepas perayaan hari raya Aidilfitri.

Selain itu, Bunkface akan turut menjayakan siri ketiga Konsert Gegaria yang akan diadakan di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang 24 Februari depan.

Konsert itu juga turut akan menampilkan persembahan daripada Noh Salleh, Kugiran Masdo, Akim & The Majistret dan juga DeFam. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori