Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Giliran Lelaki Ini Pula...

SELEPAS teruk Imam Muda Ammar dihentam gara-gara memuat naik status antivaksin, kini tiba...

SPM 2023 Diawalkan, KPM...

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran...

AHB: PM Mahu Bumiputera...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan bumiputera...

Haram Haji Guna Duit...

TAHUN lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terkenal sering hina ulama tiba-tiba berlagak...

Bunuh 2 Beradik, 2 Lelaki Didakwa

PETALING JAYA – Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan membunuh dua beradik dalam kejadian majlis sambutan hari jadi pada 11 Februari lalu.

Pembantu stor, K. Pirabu, 33, dan pemandu lori, S. Thinagaran, 35, hanya mengangguk tanda faham selepas kedua-dua pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang memakai baju lokap berwarna oren kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa bersama-sama telah melalukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap dua beradik, Sulaiman Alzander@Arifin, 44, dan Abulatiff Alzander@Arifin, 36, di perkarangan Blok B, Flat Damansara Bistari, di sini, antara 2 hingga 3 pagi, 11 Februari lalu.

Dua rakan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh juga didakwa bersama lima yang lain, sebagai ahli perhimpunan menyalahi undang-undang dan menggunakan senjata berbahaya iaitu topi keledar dengan tujuan bersama untuk mencederakan Abdul Rashid Arifin di tempat dan masa sama.


Mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dikemukakan mengikut Seksyen 146 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 148 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Baskaran Manikam.

Mahkamah menetapkan 30 Mac untuk sebutan semula bagi kedua-dua kes. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan

Kategori