Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dakwa Zahid Untuk ‘Bunuh’...

APA yang berlaku kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada...

Caruman KWSP: Pekerja Digesa...

PETALING JAYA - Persekutuan Majikan Malaysia menasihatkan pekerja supaya tidak memilih pengurangan tiga...

Op Didik: 1,186 Pelajar,...

SHAH ALAM - Seramai 1,186 pelajar sekolah di sekitar 15 daerah di Selangor...

Ratusan Jaket Kalis Peluru...

NEW YORK – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di New York menyatakan bahawa...

Carian Shopee Meningkat Sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR – Platform e-dagang, Shopee, mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus dalam carian barangan oleh rakyat Malaysia sempena kedatangan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Urusan Serantaunya, Ian Ho berkata Shopee telah menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah carian dalam talian di laman web dengan kedatangan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, menunjukkan trend pengguna meningkat untuk membeli dalam talian bagi keperluan perayaan mereka.

“Kegiatan membeli-belah biasanya melonjak semasa tempoh menghampiri perayaan, dan dengan pelancaran kempen ‘Wang With Shopee’ pada 15 Jan, yang menawarkan diskaun sehingga 90 peratus dan hadiah pertandingan bernilai lebih RM1 juta, lebih banyak rakyat Malaysia beralih kepada Shopee untuk membeli barang keperluan Tahun Baru Cina mereka,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata antara pembelian utama untuk Tahun Baru Cina ialah pakaian bayi, set hadiah Tupperware, Kit Kat edisi terhad, kasut dan alat solek.

Ho berkata corak belian pembeli telah berubah dengan pantas setelah lebih banyak pengguna menjadi bijak dalam teknologi bukan sahaja membeli dalam kategori fesyen, kesihatan dan kecantikan, tetapi juga barangan runcit.

“Pada masa lalu, trend membeli-belah melibatkan terutamanya fesyen, barangan elektronik, kesihatan dan kecantikan tetapi kini orang ramai mula membeli keperluan isi rumah seperti bahan cuci, kopi dan peralatan dandanan dalam talian kerana lebih murah dan mudah, selain menawarkan pelbagai produk yang lebih luas.


“Trend ini merupakan satu petanda yang baik dan sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu e-dagang ke hadapan di Malaysia manakala Shopee komited untuk menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat kepada pengguna untuk berbelanja,” katanya.

Menurut Ho, Shopee kini memberi tumpuan kepada Shopee Mall dengan pelbagai jenama terkenal untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang sebenar kepada pengguna serta kempen berterusan seperti Kempen ‘Payday’ dan ‘Shopee’s Laptops Fair’ yang menampilkan jenama ASUS, Acer, Lenovo dan Dell yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Feb. – BERNAMA

Kategori