Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Punca Awal Kematian Anak...

SANDAKAN - Hasil bedah siasat awal bangkai anak gajah yang ditemukan terapung di...

Lelaki Bangladesh Mati Dikelar

GUA MUSANG - Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam...

Gesa Kerajaan Bantu B40,...

SHAH ALAM - Kerajaan diharap mempertimbangkan bantuan kewangan tambahan kepada golongan B40 dan...

Video: Lelaki Cuba Rogol...

TINDAKAN seorang pemuda berusia 23 tahun dari Cancun, Mexico yang cuba merogol seorang...

CEO Suntik Ubat Belum Diuji Manusia Yakinkan Pembeli

BAGI meyakinkan pelanggannya bahawa vaksin penyakit herpes adalah selamat dan berkesan, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sanggup menyuntik dirinya sendiri dengan vaksin yang belum diuji itu dalam satu eksperimen di depan penonton.

Aaron Traywick, 28, merupakan CEO di Ascendance Biomedical, buat pertama kalinya melakukan ujian berkenaan sedangkan vaksin itu belum pernah dicuba pada manusia sebaliknya hanya diuji pada tikus.

Beliau berbuat demikian di Body Hacking Convention di Austin, Texas, Amerika Syarikat.

Ascendance Biomedical sedang membangunkan terapi bagi membolehkan orang ramai mencuba DNA mereka sendiri untuk mewujudkan imuniti dan penawar kepada penyakit.

Selepas berbuat demikian. Aaron, percaya ia boleh menjadi alat yang berkesan dalam genetik manusia.


Bagaimanapun sebahagian pakar perubatan memberi amaran bahawa teknologi itu belum diuji sepenuhnya dan dengan membenarkan orang ramai menguji sendiri DNA di rumah, maka ia merupakan sesuatu yang sangat bahaya.

Bukan itu sahaja malah Badan Pengawasan Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) memberi amaran bahawa terapi itu adalah haram, justeru penjualan produk berkenaan adalah menyalahi undang-undang.

FDA perlu menguji terlebih dahulu ubat yang dihasilkan dan proses berkenaan dikatakan memakan masa bertahun-tahun serta menelan kos berbilion dolar. – MYNEWSHUB.CC

Kategori