Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Chong Wei Mara Ke...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara...

Helah… Gambar Kalimah Allah...

KETIKA berlangsungnya pengebumian jenazah bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik...

Anwar Cadang Jawatankuasa Parlimen...

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pemilih...

Tiada Provokasi Melampau Pada...

TUMPAT - Tiada provokasi melampau dilakukan penyokong parti-parti sepanjang proses penamaan calon pilihan...

Ceroboh Kedai, Pengutip Besi Didenda RM3,000

KUALA LUMPUR – Seorang pengutip besi didenda RM3,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menceroboh masuk sebuah kedai makan, Jumaat lalu.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Fong Sen Keng, 50, selepas dia mengaku bersalah menceroboh masuk kedai Mooja Thaifood BBQ milik Liew Jiun Kang, 36, di Jalan Ambong Kiri 2, Kepong Baru pada 3.10 pagi, 16 Feb lalu.

Lelaki itu yang masih bujang didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menjaga ibu bapanya yang uzur manakala Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira faktor kepentingan awam.

Difahamkan lelaki itu ditangkap oleh anggota polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan dan beberapa alat pecah rumah turut dirampas daripada tertuduh. – BERNAMA

Kategori