Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

75 PATI Di Tapak...

BATU KAWAN - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 75 pendatang asing...

Bekas Pengawal Keselamatan Dihukum...

SHAH ALAM - Seorang bekas pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh...

Budak Leher Tergantung Bakal...

INDIA - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu yang ditanggung...

Penahanan 2 Lelaki Sekali...

JOHOR BAHRU - Polis percaya telah berjaya menyelesaikan tujuh kes ragut di sekitar...

China Berdepan Jepun Di Final BATC 2018

ALOR SETAR – Biarpun tidak membariskan pemain utama, skuad China masih unggul apabila mara ke pentas akhir kategori wanita pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018 di Stadium Sultan Abdul Halim di sini.

Pada aksi separuh akhir berlangsung hari ini, China mara ke final selepas menumpaskan Korea Selatan 3-1, dengan mata pertama diperoleh menerusi Chen Yufei yang mencatat kemenangan 21-14, 21-15 ke atas Sung Ji Hyun .

Pasangan beregu Lee So Hee-Shin Seung Chan, bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan buat Korea Selatan selepas menewaskan gandingan China Dong Wenjing-Feng Xueying 21-13, 21-9.

Namun, China kembali di hadapan menerusi He Bingjiao yang mengatasi Lee Jang Mi 21-19, 21-19.

China mengesahkan tempat ke final selepas Cao Tong Wei-Zheng Yu menyumbangkan mata kemenangan setelah mengalahkan Chang Ye Na- Kim Hye Rin 21-17, 21-14 dalam masa 41 minit permainan.

Sementara itu, Ketua jurulatih Jepun Park Joo-bong percaya anak buahnya dalam kedudukan terbaik untuk menghadapi China pada perlawanan akhir esok.


“Pemain terbaik mereka tidak beraksi pada kejohanan ini, tetapi mereka juga pemain yang bagus. Saya tidak pernah melihat mereka beraksi, hanya pada kali ini. Sudah tentu perlawanan yang sengit bagi kami esok.

“Prestasi pemain kami semakin meningkat sejak tahun lepas, dan saya percaya mereka mampu beraksi dengan baik pada perlawanan akhir itu,” katanya.

Terdahulu dalam satu lagi aksi separuh akhir, Jepun mara ke final selepas membenam Indonesia 3-0. – BERNAMA

Kategori