Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ada Cerita Di Sebalik...

JIJIK... Itu perkara pertama terlintas di fikiran apabila menyaksikan satu rakaman video yang...

Kim K Risau Jadi...

BINTANG antarabangsa, Kim Kardashian memberitahu bahawa dia risau dirinya menjadi mangsa rogol oleh lima...

Instafamous Israel ‘Koyak’ Berdepan...

SHAH ALAM - Siaran langsung antara penyanyi rap, Caprice bersama instafamous dari Israel,...

Ucapan Penuh Presiden UMNO...

“UMNO: MENYEMPURNAKAN SEBUAH PERJUANGAN”UCAPAN YAB PRESIDEN UMNO, DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK SEMPENA PERHIMPUNAN...

CNY: 300 Anggota KPDNKK Pantau Harga Kawalan

ALOR SETAR – Hampir 300 anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah memantau pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina bermula 10 hingga 21 Feb ini di pasar awam, pasar pagi, pasar tani dan pasar raya di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMTGT) negeri Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, selain memastikan peniaga tidak menjual barangan melebihi harga maksimum, pasukan itu juga memastikan peniaga meletakkan tanda harga berwarna merah jambu.

“Sepanjang 12 hari skim ini berlangsung, peniaga harus ingat bahawa harga bagi 13 jenis barangan mereka dipantau dan diperhatikan, jadi patuhilah harga maksimum yang ditentukan kerajaan agar tindakan tegas tidak diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Kedah di Pasaraya Giant di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah KPDNKK negeri, Mohammad Fitri Hassan serta Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Chin Ching Chung.

Ku Rahman berkata, bagi mana-mana peniaga yang ingkar, tindakan boleh diambil mengikut Akta Anti Pencatutan 2011 yang mana denda sehingga RM100,000 boleh dikenakan kepada individu dan RM500,000 bagi syarikat, manakala bagi kesalahan tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu, peniaga boleh didenda sehinga RM10,000 bagi individu dan syarikat pula sehingga RM20,000.

Antara barangan tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam, kubis bulat import, bawang putih, ikan bawal putih, udang putih besar, dan babi hidup.


Selain itu, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Friends Of KPDNKK, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Skuad Pengguna, penghulu dan pemimpin setempat untuk sama-sama memantau dan memberi maklum balas mengenai pelaksanaan skim tersebut.

Sementara itu, Ku Rahman berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan memastikan stok bekalan bagi 13 jenis barangan harga terkawal itu mencukupi bagi menampung permintaan yang meningkat.

Sejak skim itu dilaksanakan pada 10 Feb lepas, sebanyak 266 premis runcit dan empat premis pemborong telah diperiksa di seluruh negeri, namun tiada tindakan diambil kerana peniaga mematuhi skim yang dilancarkan oleh kerajaan itu. – BERNAMA


​​​​​​​

Kategori