Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Mahu Kurangkan Pinjaman...

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Malaysia tetap menjalinkan hubungan...

VIDEO : Staf Digi...

Nampaknya dah jadi trend zaman sekarang pelanggan gemar merakam sebarang situasi yang membuatkan...

Polis Pantai Timur Disaran...

SEMPORNA - Kontinjen polis di kawasan pantai timur Sabah disaran melaksanakan tanggungjawab khidmat...

Buang Al-Quran: Polis Kenal...

KUALA LUMPUR : Polis mengesan syarikat percetakan yang terlibat mencetak al-Quran yang ditemukan...

CRCC Sahkan Guan Eng Tipu Isu Saham Projek Terowong

GEORGETOWN – China Railway Construction Corporation (CRCC) mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menjadi pemegang saham dalam syarikat tujuan khas (SPV) berhubung projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di negeri Pulau Pinang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, CRCC juga bukan pemegang saham syarikat induk SPV yang dipegang oleh Zenith Construction Sdn. Bhd. kerana tidak langsung menjalani kontrak dengan kerajaan Pulau Pinang.

“CRCC tidak memberi kelulusan dan tidak faham mengapa Kerajaan Pulau Pinang telah menganggap mereka sebagai pemegang saham SPV untuk projek terowong bawah tanah dan tiga projek jalan utama.

“CRCC hanya menandatangani “pengakuan komitmen” sebagai lampiran kepada permulaan perjanjian da tiga projek jalan raya dan CRCC akan menyerahkan projek itu kepada pihak yang diberikan mana-mana bahagian projek oleh SPV,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tiong Lai berkata beliau berperluang berjumpa dengan pemimpin tertinggi CRCC di Beijing semasa mengadakan lawaran ke sana untuk menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Pertama Asia Pasifik mengenai Penerbangan Awam dan mesyuarat dua hala dengan Menteri Pengangkutan RRC.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong turut mempersoalkan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menganggap surat komitmen yang ditandatangani oleh CRCC sebagai surat perjanjian.


Ka Siong yang juga merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, stamping yang terdapat di dalam surat perjanjian itu tiada kena mengena dengan CRCC kerana mereka bukanlah pihak yang terlibat dengan perjanjian awalan projek ini dibuat.

“CRCC hanya memberi surat sokongan yang mana ia merupakan lampiran di dalam perjanjian awalan tetapi akhirnya Guan Eng telah mendedahkan menerusi laporan pada muka surat 173, bahawa CRCC hanya dilantik sebagai kontraktor utama sahaja. Jadi, sekarang siapa yang putar belit?

“Guan Eng menyatakan CRCC merupakan salah satu pemegang saham tetapi kenapa cakap tidak serupa bikin? Apa yang dilakukan dalam perjanjian tidak menggambarkan apa yang diumumkan oleh kerajaan negeri. Sila jawab,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori