Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

2 Veteran TLDM Dikurniakan...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan tahniah kepada...

Saran Bank Jadikan Diskaun...

KUALA LUMPUR - Pihak bank disaran menjadikan amalan memberi diskaun bayaran hutang yang...

Pengusaha Kecil, Usahawan Tani...

TAWAU - Golongan pengusaha kecil dan sederhana serta usahawan tani luar bandar di...

UPKO Desak Warisan Hentikan...

KOTA KINABALU - Pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) ditegur kerana menggunakan taktik menakut-nakutkan...

Dari Imam Masjid Ke ‘Pok Ya Cong Codei’

MESKIPUN hanya berlakon sebagai watak sampingan dalam telefilem Pok Ya Cong Codei yang menjadi bualan ramai baru-baru ini, ianya tetap memberi impak kepada pelakon yang memegang watak Eah Chu, Mazlan Sulaiman.

Jelas Mazlan, dia tidak pernah sesekali terfikir untuk menjadi seorang pelakon kerana dunia itu dianggap terlalu asing untuknya, apatah lagi mendapat perhatian penonton telefilem itu sehingga sekarang.

Mazlan, yang berasal daripada Tumpat, Kelantan mengakui terkejut apabila telefilem tersebut yang dibintangi bersama rakannya Sabri Yunus mencetuskan fenomena.

Dia juga mendedahkan bahawa dia sebenarnya adalah seorang imam masjid dan sedang mengumpul dana untuk menyiapkan sebuah masjid di Takbai, Thailand.

Ujar Mazlan, tidak kira di mana pun dia berada sekarang, sama ada di Kelantan atau di Selatan Thailand, orang kebanyakan menyapanya dengan nama Eah Chu serta segelintir darinya menyangka dia betul-betul orang Siam.

“Saya kenal dengan Sabri Yunus ni melalui kawan ketika Sabri mahu membuat dokumentari mengenai kemasukan Islam di Patani, saya membantunya kerana saya sudah biasa dengan suasana di Thailand.

“Seminggu bersama dengannya, saya sudah menjadi rakan baiknya. Saya ceritakan kepadanya mengenai usaha saya mencari dana untuk menyiapkan Masjid Nurul Bahri di Kampung Pulau Panjang, Takbai,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Kata Mazlan, Sabri turut membantu dengan memberi sumbangan hasil kutipan bersama rakan-rakan artis lain kepada usahanya membangunkan masjid di perkampungan nelayan itu.

Bercerita tentang penglibatannya dalam telefilem itu, Mazlan menyifatkan yang dia hanyalah bertindak sebagai bidan terjun setelah diminta Sabri untuk ke Kuala Lumpur.

“Baru-baru ini, Sabri meminta saya ke Kuala Lumpur dan saya memenuhinya kerana anggap Sabri mungkin perlu berbincang sesuatu dengan saya.


“Sampai di sana, tiba-tiba saya diminta berlakon, saya terkejut besar kerana ini bukan bidang saya, saya hanya tok imam dan tak pernah berlakon,”Ā ujarnya.

Kata Mazlan, perkara menarik yang membuatkan telefilem itu menjadi lebih hebat adalah skrip-skrip spontan yang ditambah Sabri sendiri ketika penggambaran.

Ekoran sambutan menggalakkan diterima telefilem tersebut, baju T eksklusif Pok Ya Cong Codei dikeluarkan kepada umum laris dijual.

Lebih menariknya, Sabri mengambil tindakan untuk membantu Mazlan dalan usahanya apabila bagi setiap helai baju yang dijual, RM1 akan disumbangkan ke masjid yang dibangunkan Mazlan.

“Saya berusaha mencari dana untuk masjid ini sudah bertahun-tahun, rezeki Allah ini datang dalam pelbagai saluran dan saya tak terfikir pun ia datang dengan cara ini,” kongsinya.

Mazlan telah membelanjakan wangnya sendiri sebanyak RM400,000 untuk membina Masjid Nuruk Bahri dan baki sebanyak RM400,000 diperlukannya untuk menyipakan masjid tersebut.

“Saya berulang alik dari kampung saya di Tumpat ke Takbai sudah empat tahun, tambang perahu sahaja sudah RM600 sebulan tapi saya tetap menggalas tanggungjawab yang diberikan demi membina tunas Islam di kampung nelayan itu,”Ā kata Mazlan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori