Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Juruteknik Maut Rempuh Belakang...

SEREMBAN - Seorang juruteknik maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh bahagian belakang sebuah...

Kitab Doa Termahal Dunia...

CANBERRA - Salah satu naskhah paling mahal di dunia, Rothschild Prayer Book atau kitab...

Sanggup Belanja RM57,000 Untuk...

SEPASANG suami isteri yang mempunyai tujuh anak perempuan, sanggup berbelanja kira-kira RM57,000 untuk...

Macam Kera Kena Belacan...

SINIS... Datuk Seri Abdul Hadi Awang membanding tingkah laku individu berprofil tinggi bidang...

Datuk Antara 6 Didakwa Membuat Tuntutan Palsu

SHAH ALAM – Seorang bekas Pengurus Besar Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd bergelar ‘datuk’ dan lima lagi individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu bagi tuntutan kos pengangkutan berjumlah lebih RM500,000.

Datuk R. Shanmugam, 46; Yap Siew Hiong , 46; P. Sugumaran, 50; C. Karuppiah, 41; V. Murugesu, 55 dan M. Kanesan, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Adli Abd Ghalib.

Shanmugam menghadapi tiga pertuduhan secara individu selain menghadapi 46 pertuduhan secara bersama dengan Yap dan Sugumaran, menghadapi 19 pertuduhan secara bersama dengan Karuppiah, menghadapi 18 pertuduhan secara bersama dengan Kanesan dan menghadapi tujuh pertuduhan secara bersama dengan Murugesu.

Kesemua tertuduh didakwa menipu kakitangan dan pegawai Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia untuk mempercayai bahawa tuntutan kos pengangkutan yang dituntut oleh lima buah syarikat adalah tulen.

Lima syarikat terbabit adalah Teguh Marine Inspection (M) Sdn Bhd, WLS Container Lines (M) Sdn Bhd, Green Valleys Resources, Tiban Enterprise dan Pandan Cerah Sdn Bhd.

Tindakan itu mendorong Syarikat Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia menyerahkan sejumlah RM505,750 kepada kelima-lima syarikat terbabit sebagai bayaran tuntutan berkenaan yang mana ia tidak akan menyerahkan wang itu jika tidak diperdayakan sedemikian.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Lot 2, Persiaran Tengku Ampuan Seksyen 21, Shah Alam Industrial Site di sini, antara 17 April 2008 dan 15 Mei 2014.

Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan denda dan sebatan.


Yap dan Sugumaran masing-masing adalah pengurus besar dan pengarah urusan WLS Container Lines, Karuppiah adalah pengarah Green Valleys Resources, Kanesan adalah pengarah Pandan Cerah dan Murugesu adalah pekerja syarikat yang memberi perkhidmatan pengangkutan kepada Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia.

Adli membenarkan Shanmugam dibebaskan dengan jaminan RM93,000 bagi kesemua pertuduhan, Yap dibebaskan dengan jaminan RM46,000, Sugumaran dibebaskan dengan jaminan RM23,000, Karuppiah dibebaskan dengan jaminan RM15,200, Murugesu dibebaskan dengan jaminan RM14,400 dan Kanesan dibebaskan dengan jaminan RM5,600.

Mahkamah turut menetapkan 26 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rizal Azani Zainal Adzam sementara Shanmugam, Yap, Sugumaran, Karuppiah serta Kanesan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi dan Mohamad Fuad Md Hussain manakala Murugesu diwakili peguam Purshotaman Puvanendran. – BERNAMA

Kategori