Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sekarang Ada ‘Penyakit’ Baru...

"SEKARANG ni ada 'penyakit' baru di kalangan pengundi-pengundi Anugerah Bintang Popular".Itu komentar yang...

Nabil Ahmad Nafi Ambil...

PELAWAK dan pelakon, Nabil Ahmad mengejutkan ramai pengikut dunia hiburan tempatan apabila tampil sasa...

Sindiket Proses Arak Tiruan...

KLANG - Polis berjaya mematahkan satu sindiket pemprosesan arak tiruan yang beroperasi di...

Rombakan Kabinet Dalam Waktu...

SHAH ALAM - Desas-desus mengenai rombakan Kabinet kembali diperkatakan apabila dua akhbar berbahasa...

Datuk Bandar, YDP Jangan Berpolitik – Sultan Johor

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan Datuk Bandar dan semua Yang Dipertua Majlis Daerah (YDP) di negeri ini agar tidak terlibat dengan politik.

Baginda bertitah sebagai penjawat awam negeri, mereka sepatutnya memberikan tumpuan kepada soal pentadbiran dan penguatkuasaan dalam organisasi yang diterajui dan bukannya campur tangan dalam politik.

“Sebagai penjawat awam, anda semua mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama memajukan negeri Johor serta kawasan pentadbiran masing-masing di samping mengutamakan masalah rakyat.

“Tumpukan perhatian pada kawasan pentadbiran masing-masing termasuk soal keindahan, kebersihan, pemasangan papan tanda. Jika ada pelan pembangunan projek dikemukakan, sila teliti secara terperinci,” titah baginda dalam catatan terbaru laman Facebook rasmi baginda hari ini.

Baginda menegaskan bahawa pelan pembangunan itu hendaklah menepati ciri-ciri yang diperlukan antaranya soal landskap, keselamatan, kualiti jalan raya, laluan pejalan kaki dan basikal yang kesemuanya membabitkan kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Catatan itu dimuat naik selepas Sultan Ibrahim menerima menghadap dan menyampaikan amanat penting kepada Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis Daerah di Kelab Polo Diraja Johor, Istana Pasir Pelangi, di sini.


Dalam pertemuan selama sejam itu, baginda turut menasihatkan Datuk Bandar dan YDP agar menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi.

Selain itu, baginda mahukan kesemuanya mengemukakan laporan keindahan setiap daerah kepada baginda dalam tempoh terdekat, selain memberikan cadangan tentang pembangunan dan kemajuan negeri ini. – BERNAMA

Kategori