Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Armada Bersatu Dakwa Zahid...

SHAH ALAM - Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa Presiden UMNO, Datuk...

Utamakan Kebajikan Anak Yatim...

TRANG (THAILAND) - Umat Islam diseru supaya mengutamakan amalan kebajikan kepada anak-anak yatim...

Sasaran Ke Final Piala...

KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abd Radzak menganggap sasaran sekurang-kurangnya...

Pendaftaran Bagi Simpanan Shariah...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan Simpanan Shariah, yang akan...

Datuk Misbun Perlu Membuat Percaturan Bijak

ALOR SETAR — Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek perlu membuat percaturan bijak untuk menurunkan perseorangan ketiga negara, lebih-lebih lagi sekiranya pemain itu akan menjadi penentu kemenangan skuad negara pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018.

Misi Malaysia dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan C menentang Taiwan esok, adalah ‘wajib’ menang untuk layak ke suku akhir dan muncul naib juara kumpulan.

Misbun berkata beliau melihat prestasi pemain muda seperti Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Soong Joo Vern yang turun beraksi selaku perseorangan ketiga hari ini, selepas perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei direhatkan.

“Kita kena lihat keadaan macam mana kita hendak curi mata bertemu Taiwan. Kita akan lihat juga keadaan Iskandar dan Joo Vern. Kedua-dua mereka pemain muda tetapi hanya pengalaman yang menentukan pemain bakal diturunkan esok.

“Saya akan berbincang dengan pemain dan jurulatih lain untuk mencari jalan bagi mempersiapkan pasukan terbaik untuk esok. Kita kena menang untuk layak ke suku akhir,” katanya.

Berdasarkan pengalaman, Iskandar Zulkarnain adalah calon terbaik untuk diturunkan selaku perseorangan ketiga kerana beliau pernah beraksi di pusingan akhir Piala Thomas 2016.

Selain itu, pemain berusia 27 tahun itu menampilkan prestasi konsisten sejak akhir-akhir ini, dan layak ke separuh akhir Terbuka India namun tewas kepada Shi Yuqi dari China.

Malaysia menempah jalan sukar apabila tewas kepada Thailand 2-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C semalam, menyaksikan dua gandingan beregu negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Ong Yiew Sin-Teo Ee Yi tumbang kepada lawan masing-masing.

Iskandar Zulkarnain juga gagal menyekat pemain Thailand, Kanthapon Wangcharoen apabila tewas 13-21, 14-21.


Sementara itu, ketua jurulatih beregu lelaki negara Cheah Soon Kit berkata penting untuk beregu utama negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong kekal fokus dalam perlawanan esok agar mereka kurang melakukan kesilapan berulang seperti ketika perlawanan menentang Thailand.

“Kita akan membuat persiapan sewajarnya esok kerana beregu pertama adalah penting bagi kita (untuk menyumbangkan mata),” katanya.

V Shem-Wee Kiong yang tidak diturunkan pada perlawanan menentang Myanmar hari ini, dijangka berdepan Chen Hung Ling-Wang Chi-Lan yang berada di ranking ketujuh berbanding pasangan negara menduduki ranking ke-13 dunia.

Skuad negara akan menyenaraikan Chong Wei selaku perseorangan pertama, dan dijangka berdepan Wang Tzu Wei, diikuti Zii Jia bakal bertemu Hsu Jien Hao manakala perseorangan ketiga akan menentang Lin Yu Hsien.

Pasangan beregu kedua negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula dijangka bertemu Lee Jhe-Huei-Lee Yang. – BERNAMA

Kategori