Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ramai Kagum Rap Penyanyi...

PROGRAM Gema Gegar Vaganza (GGV) yang mengangkat tema kerohanian dan ketuhanan telah pun...

Gila…Muatnaik Gambar Tuala Wanita...

GILA, hilang akal, jijik atau tidak siuman. Pilih mana satu daripada gelaran berkenaan...

Penyelia Kilang Dituduh Bunuh...

KLUANG - Seorang penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan...

Fattah, Fazura Dilantik Jadi...

TAHNIAH... Penggunaan transaksi tanpa tunai terutama dalam kalangan golongan muda yang memiliki kad...

Demi Jayakan Watak, Netizen Terkejut Lofa ‘Peluk’ Zul

NAMA Neelofa sering dikaitkan sebagai seorang public figure yang bergelar ‘hajah’ dan itu mungkin membuatkan ramai netizen sering mempertikaikan imej dirinya.

Baca: Peminat Teruja Gandingan Sulung Neelofa-Zul Ariffin

Terbaharu disebabkan gambarnya seakan-akan memeluk aktor bertubuh sasa, Zul Arifin, Lofa telah menerima banyak kecaman mempertikaikan kelakuannya walhal dirinya merupakan seorang wanita yang berhijab.

Gambar tersebut telah dimua tnaik oleh pengarah terkenal, Michael Ang sempena mempromosikan drama terbaharu arahannya iaitu Ti Amo Sweetheart 100 Hari yang menjalani penggambaran di Rome, Itali.

Demi meredakan keadaan panas, Michael pula telah memuat satu lagi gambar dia meniru gaya Lofa yang memeluk Zul dengan berharap agar netizen tidak mempertikaikan lagi gambar tersebut.

Drama berkenaan merupakan adaptasi novel karya Suri Ryan dan ianya bakal ditayangkan menerusi saluran Astro bersempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Apa yang menjadi kecohnya ialah apabila netizen pula yang panas hati dan bergaduh disebabkan ada yang tidak kisah dengan posing tersebut dan ada juga yang panas hati.

Namun jika dilihat kembali, ketika babak lakonan Neelofa dengan bekas kekasihnya, Fattah Amin, tiada pula sebarang babak peluk romantis begitu.

Netizen turut mempertikaikan mengapa Neelofa sanggup melakonkan babak sedemikian serta menganggap dia tidak menjaga imej sebagai seorang yang bertudung.


Dalam masa sama, ada juga beberapa netizen yang berpihak kepada Neelofa dan menganggap pelakon kelahiran negeri Kelantan itu masih menitik berat batasannya tidak bersentuhan dengan Zul serta ada juga yang memerli gambar berkenaan.

Tambah Michael, gambar itu dimuat naik kerana mereka perlu melakonkan babak sedemikian sebagai pasangan suami isteri dan kedua-dua pelakon itu juga tidak bersentuhan.

Selain itu, netizen menyifatkan bahawa Lofa dan Zul tidak mempunyai keserasian dalam lakonan berbanding gandingan Lofa dengan Fattah Amin untuk drama Suri Hati Mr. Pilot dan gandingan Zul bersama Farah Nabilah menerusi drama Titian Cinta.

Mungkin mereka berasa kekok sesama sendiri, lagi pula Zul boleh dikatakan sebagai hero yang sering menjadi pilihan pelakon wanita lain manakala Neelofa pula seorang selebriti yang dikenali ramai.

Jadi, keserasian itu mungkin memerlukan masa kerana drama Ti Amo Sweetherat 100 Hari merupakan drama gandingan mereka yang pertama dengan hashtag yang digunakan bagi gandingan mereka berdua ialah #Zulofa.

Bagaimanapun, mudah-mudahan hal itu tidak berpanjangan kerana ia sebenarnya hanya isu kecil dan semuanya hanyalah berbalik kepada pelakon itu sendiri sama ada perlu melakonkan babak sedemikian atau tidak. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori