Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kem. Sumber Asli &...

CAMERON HIGHLANDS - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kini mensasarkan penanaman sebanyak...

Rela Bertuah Anggota Turut...

RANAU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyifatkan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bertuah kerana...

Wanita Didakwa, Rogol Pemandu...

GANASNYA…seorang wanita telah didakwa atas tuduhan rogol selepas dia melakukan serangan seksual ke...

Rakyat Kelantan Faham Hukum...

KUALA LUMPUR - Rakyat Kelantan mahukan undang-undang hudud dilaksanakan di negeri itu kerana...

Dibuang Kerana Tidak Menarik Untuk Swafoto

LEBIH banyak kucing berwarna hitam dibuang oleh pemilik mereka hanya disebabkan binatang berkenaan tidak kelihatan menarik ketika swafoto.

Ia didedahkan oleh sebuah pusat pemeliharaan kucing, The Moggery di Bristol.

Menurut pengasas pusat itu, Christine Bayka, buat pertama kalinya, pusat berkenaan dipenuhi dengan kucing berwarna hitam yang dibuang oleh tuannya.

Keadaan itu bukan disebabkan kepercayaan karut bahawa kucing hitam dikaitkan dengan nasib malang sebaliknya kerana ia tidak menarik untuk swafoto.

Christine yang membuka pusat berkenaan sejak 21 tahun berkata, keadaan ketika ini lebih teruk dari dulu.

“Ia semakin buruk sekarang hanya kerana kucing hitam tidak menarik untuk swafoto maka ia dibuang.

“Sekarang ni semua orang nak berswafoto dan kemudian muatnaik dalam Facebook. Ia berlaku sepanjang masa. Ramai yang datang nak ambil kucing pula akan menolak kucing warna hitam,’’ katanya.


Dalam pada itu, pengurus di Last Chance Animal Rescue Centre, Amy Buckle pula berkata, orang ramai hanya akan memilih kucing yang kelihatan menarik dalam Facebook dan Instagram sahaja.

“Kami selalu berdepan kesukaran dengan kucing hitam. Walaupun ada anak kucing yang comel, namun jika ia berwarna hitam, orang ramai tidak mahukannya.

“Memalukan kerana mereka hanya mahukan binatang untuk kelihatan cantik dalam gambar sahaja,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori