Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Bukan Dalam Dilema

Ong Kian Ming, dalam artikelnya yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 24 April 2020 menulis tentang dilemma UMNO dalam Perikatan Nasional dan kemungkinan UMNO

Wanita Syria Tawar Jual...

Tabuk - Polis Arab Saudi menahan seorang wanita Syria yang menawarkan tubuhnya kepada...

MA63: PM Jamin Pastikan...

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan memastikan hak-hak bagi...

Kualiti Universiti Malaysia Setanding...

SINTOK - Kualiti yang dimiliki universiti tempatan di negara ini bukan sahaja setanding...

Diskaun 10% Di JSAHMS Sempena Tahun Baru Cina

GEORGE TOWN – Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus untuk semua kelas kenderaan yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Timbalan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat JKSB Azizi Azizan berkata kadar diskaun itu bermula dari pukul 12.01 tengah malam pada 16 Feb hingga pukul 11.59 malam pada 17 Feb di Plaza Tol JSAHMS dan plaza B di Plaza Tol Bandar Cassia.

“Pemberian diskaun itu merupakan sebahagian initiatif berterusan tanggungjawab sosial korporat JKSB dan juga untuk menghargai sokongan pengguna JSAHMS sejak ia mula dibuka sehingga sekarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya menjangka sebanyak 20,000 hingga 25,000 kenderaan akan menggunakan JSAHMS sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti hujung minggu yang panjang itu.

Beliau berkata lebih 8.1 juta kenderaan telah menggunakan JSAHMS sepanjang tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat antara lima hingga 10 peratus tahun ini. – BERNAMA

Kategori