Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Siti Nordiana Mohon Maaf...

PENYANYI dan pelakon Nana atau Siti Nordiana telah berangkat ke kota suci Makkah...

GAMBAR : Perang Poster...

TUMPAT (Kelantan) - Jika menyebut tentang pilihan raya, pastinya kita akan terfikir berkenaan...

250,000 Anggota JKKK Dilindungi...

KAJANG – Seramai 250,000 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), JKKK Persekutuan...

Dewan Negara Lulus Mansuh...

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini meluluskan pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar...

Doktor Sado Pun Dapat Gambar 18SX Kaum Sejenis…

KETAMPANAN Dr. Say Shazril sebelum ini pernah disalahertikan apabila ramai menyangka dia pakar sakit puan ketika mendaftarkan diri sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Serdang, Selangor pada 2015 lalu.

Sejak itu, dirinya mula dikenali dan menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi daripada kaum wanita di luar sana.

Yang lucunya, bukan perempuan sahaja yang tergila-gilakan doktor kacak ini; malah kaum gay turut memuja susuk tubuh Dr. Say!

“Menjadi tular ada baik dan buruknya. Apabila bercakap mengenai gangguan seksual alam maya ataupun buli siber saya dapati situasi itu lebih cenderung datang daripada pengguna lelaki.

“Misalnya sebelum ini kalau peminat wanita saya biasanya hanya menulis komen di Instagram dengan kata pujian. Paling tidak pun ada kecewa kerana mereka dapat tahu saya sudah berkahwin.

“Namun, yang saya pelik ada segelintir pengguna media sosial dalam kalangan lelaki yang berani menghantar gambar kemaluan mereka kepada saya,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Menurut Dr. Say atau nama sebenanrya, Say Shazril Shaharuddin, 28, dia sering mengendahkan kiriman gambar yang ekstrem seperti itu kerana baginya semua itu merupakan satu perkara yang buang masa jika dilayankan.

Dr. Say telah mendirikan rumah tangga bersama dengan pilihan hatinya yang juga merupakan seorang doktor iaitu Doktor Azura Abas yang dikenalinya ketika sedang belajar di India pada tahun 2014 yang lalu.


Dengan wajahnya yang tampan dan mempunyai tubuh sasa itu, Dr. Say akui bahawa dia sering didekati oleh ramai orang terutamanya kaum wanita yang mahu bergambar bersamanya.

“Sehingga kini ramai yang mendekati saya dengan cara yang baik. Kalau di luar mereka datang kepada saya dan sekadar meminta izin untuk bergambar sahaja.

“Tidak pernah pula ada yang tiba-tiba datang melulu dan meraba bahagian-bahagian tertentu badan saya. Semuanya masih normal,” tambahnya lagi.

Dalam masa sama, Dr. Say bakal muncul sebagai panel menerusi rancangan terbaharu yang dinanti-nantikan ramai iaitu My Doctors bersama beberapa lagi pakar perubatan terkenal iaitu Dr. Zainal Adwin, Dr. Rizal Rahman dan Dr. Beni Rusani.

Sebagai seorang pakar dalam bidang pemakanan dan kecergasan, 13 episod yang bakal dikendalikannya itu mengupas topik berkaitan dengan masalah kesihatan dengan menggunakan pendekatan yang lebih informatif dan menghiburkan.

Selain itu, Dr. Say juga kini aktif dalam bidang model sambilan serta menjadi duta untuk beberapa produk kesihatan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori