Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

DAP Minta Ramasamy Jelaskan...

KUALA LUMPUR - DAP hari ini meminta supaya Timbalan Ketua Menteri II Pulau...

Kekal Penjara 12 Tahun...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang anak bekas...

Influenza Tidak Harus Dipandang...

KUALA LUMPUR – Influenza, sejenis penyakit berjangkit yang boleh menimbulkan pelbagai komplikasi dan...

KPWKM Tubuh Petugas Khas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menubuhkan pasukan petugas...

Edar Dadah: 2 Beranak Terlepas Tali Gantung

GEORGE TOWN – Seorang ibu dan anak perempuannya terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Lim Chong Fong membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Catherine Terblanche Millicent, 68, dan Leilanie Calitz, 41, di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Lim berkata mahkamah mendapati terdapat keraguan yang munasabah ke atas identiti barang kes iaitu dadah terbabit kerana ujian penting untuk pengesahan jenis dadah dan berat dadah tidak dilakukan oleh ahli kimia yang memberi keterangan di mahkamah.

“Ahli Kimia tersebut mengaku bahawa pegawai kimia lain yang melakukan ujian tersebut dan pegawai kimia lain itu tidak dipanggil memberi keterangan. Oleh itu mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam bahawa keterangan ahli kimia tentang berat dadah, jenis dadah dan ketulenan dadah adalah keterangan bersifat “dengar cakap” ,” katanya.

Sejurus selesai keputusan itu dua beranak dari Afrika Selatan itu dilihat menangis dan saling berpelukan.

Mengikut pertuduhan Leilanie didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 2,290 gram di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 8.45 malam, 24 Nov 2014.


Catherine pula didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 3,087 gram di lokasi, masa dan tempat sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Liyana Mohd Jafri manakala peguam Simon Murali dan Sukhinderpal Singh mewakili kedua-dua tertuduh itu. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori