Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Trump Kembalikan Era KKK...

ERA antihak asasi pendatang kulit hitam di Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan era...

Pusat Tahfiz: 2 Tong...

DARI mana datangnya dua tong gas di tingkat tiga (di luar bilik asrama)?"...

OMG… Kang Gary Follow...

KALAU kami berada di tempat penyanyi Siti Nordiana, alamak boleh histeria jadinya gara-gara terlalu...

Johor Buka Lembaran Baharu...

JOHOR BAHRU : Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamad...

Eh, Aliff Syukri Dihalau Penghibur Jalanan?

TEMPOH hari, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian netizen apabila berkongsi satu video di mana rumahnya yang baru sahaja siap dibina bocor.

Membawa diri ke London, Aliff yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Terlajak Laris’ itu terpaksa menahan malu apabila dihalau seorang pemuzik jalanan di Portobello Road Market, London, United Kingdom.

Tindakan spontannya menyanyikan lagu Abang Nak Tegur ketika pemuzik jalanan tersebut membuat persembahan nyata tidak mendapat reaksi positif pemuzik itu.

Pemuzik itu berkata sesuatu kepada Aliff menyuruhnya beredar dan mengakibatkan Aliff berasa malu disebabkan perkara tersebut.

“Dia suruh aku pergi, dia kata kau boleh pergi jauh-jauh. Malu-malu,” kata Aliff sejurus ditanya apakah yang diperkatakan pemuzik tersebut.

Video tersebut dikongsi Aliff di laman sosial Instagramnya sambil menulis tindakan tersebut dilakukannya kerana berasa simpati terhadap pemuzik tersebut dan sekadar ingin membantu.

“Pada awalnya saya kasihan sebab nak membantu lepas tu sumpah malu tapi sekurang-kurangnya saya bangga ada empat orang sedekahkan duit masa saya menyanyi live lagu Abang Nak Tegur di London.

“Kau orang rasa apa mat salleh ni cakap kat saya?? Nasib baik kau orang tak dengar,” tulis Aliff dalam video yang dikongsi kepada pengikutnya semalam.


Susulan perkongsian tersebut, kelihatan di ruangan komen video rata-rata mempertikai tindakan usahawan kosmetik produk D’Herbs itu.

Bagi sesetengah netizen, tindakan Aliff itu dianggap biadap dan mengganggu pemuzik jalanan yang sedang mencari rezeki itu.

“Masuk rumah orang tak bagi salam. Pergi nyanyi situ tiba-tiba, orang tu tengah cari rezeki. Kalau korang tengah buat kerja orang ganggu agak-agak marah tak?” tulis seorang pengguna di ruangan komen.

“Orang lalu lalang situ bagi duit kat pemain muzik tu bukan pasal Datuk nyanyi kat situ, orang tu cari rezeki, dah lah suara kelaut bingit telinga dia dengar, memang patut pun dia suruh pergi dari situ,” komen seorang netizen yang menggunakan nama Hajijahkjl.

Ada benarnya kata-kata netizen ini, kadangkala di negara orang, kita perlu ada rasa hormat terhadap penduduk di sana serta menjaga adab dan tatasusila kerana dalam tak sedar, kita membawa nama negara kita. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori