Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Otai Reformis Curiga Dengan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Otai Reformis 1998 menggesa supaya Perdana...

Mukhriz Terkejut Harga Daging...

“SAYA terkejut apabila melihat harga daging di Kedah meningkat kepada RM36 sekilogram sedangkan...

11,457 Pencarum Perkeso Kembali...

MELAKA - Sebanyak 11,457 individu yang terbabit dalam kemalangan dan hilang upaya kekal...

Putin Isytihar Operasi Ketenteraan...

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin memutuskan untuk memberi lampu hijau terhadap operasi ketenteraan di...

Ekspo Tawar Lebih 100,000 Rumah Mampu Milik

KUALA LUMPUR – Agensi perumahan kerajaan persekutuan dan negeri akan mengadakan ekspo perumahan mega di seluruh negara mulai Mac, menawarkan lebih 100,000 rumah mampu milik untuk dijual.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Corp Malaysia (PR1MA), Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, ekspos ‘Ekspo Jualan Perumahan – Ke Arah Sejuta Impian’, bertujuan meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia daripada semua peringkat pendapatan, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Pelanggan sasaran adalah golongan berpendapatan sederhana yang tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar, dengan pendapatan isi rumah antara RM2,500 dan RM15,000 sebulan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, ekspo tersebut merupakan inisiatif bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perumahan Negara, PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Bhd, Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia serta agensi kerajaan negeri.

Ekspo berkenaan akan bermula di Perak mulai 1 hingga 5 Mac, diikuti Sabah pada 15 Mac dan Kuala Lumpur mulai 24 Mac hingga 1 April, katanya.

Dari segi unjuran jualan, Abdul Mutalib berkata, tidak ada sasaran khusus, tetapi pihaknya optimis terhadap prestasi ekspo itu kerana ada permintaan yang sihat dan amat tinggi untuk perumahan mampu milik.

“Terdapat 1.5 juta pendaftaran dalam talian untuk PR1MA di seluruh negara. Kami juga menyedari yang sektor swasta telah mula memberi tumpuan kepada perumaha mampu dimiliki, menunjukkan bahawa program kerajaan di pelbagai agensi terbabit mempunyai kesan,” kata Abdul Mutalib.

Menurutnya, ia sejajar dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa dan mampu dimiliki untuk rakyat di seluruh negara, seperti yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.


“Perumahan yang mampu dimiliki adalah keutamaan kerajaan, berikutan itu, agensi persekutuan dan negeri berkerjasama untuk menyokong aspirasi dan komitmen kerajaan dalam menawarkan rumah mampu milik di seluruh negara.

“Ekspo ini menjadi platform bagi rakyat mendapatkan maklumat yang relevan mengenai pelbagai jenis rumah yang sesuai dengan gaya hidup dan komitmen kewangan mereka dan akan ada wakil dari institusi kewangan serta agensi berkaitan untuk membantu menjawab pertanyaan mereka dan memudahkan mereka memiliki rumah,” katanya.

Abdul Mutalib berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak juga akan mengambil bahagian dalam ekspo itu di Perak, sambil menambah ia akan menawarkan hampir 40,000 rumah untuk dijual di negeri itu.

Ekspo di seluruh negara tersebut juga akan melihat penyertaan rakan strategik seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan institusi kewangan seperti Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd dan AmBank (M) Bhd untuk membantu pembeli berpotensi menyemak skor kredit mereka dan memohon pinjaman.

PR1MA ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012. Ia adalah satu-satunya pihak yang diberi kuasa untuk membangun, mengurus dan menyelenggara komuniti perumahan PR1MA bagi menyedia keselesaan dan kualiti hidup kepada pemilik rumah dalam masyarakat yang harmoni. – BERNAMA

Kategori