Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Keputusan Pindaan Cermin Gelap...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira segala pertimbangan dan faktor-faktor sebelum membenarkan...

Sony SmartWatch 3 :...

Di persidangan IFA, Sony memperkenalkan beberapa peranti boleh pakai menerusi keluarga SmartWear dan...

Perbicaraan Kes Najib Diadakan...

PUTRAJAYA - Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas...

PPM Semporna Tahan 2...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan dua lelaki dan merampas 16 kayu jenis...

Eksport Getah Asli, Produk Getah Naik 30.2% Pada 2017

KUALA LUMPUR – Getah asli dan produk berasaskan getah mencatat prestasi memberangsangkan pada 2017 apabila eksport bahan itu meningkat sebanyak 30.2 peratus kepada RM32.3 bilion, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata, eksport komoditi lain seperti minyak sawit juga merekodkan prestasi baik apabila menokok sebanyak 14.6 peratus kepada RM77.8 bilion bagi tempoh berkenaan.

“Eksport minyak sawit misalnya telah melepasi sasaran awal kita iaitu sebanyak RM70 bilion pada tahun lepas. Kita yakin dapat mencapai lebih RM80 bilion pada 2018,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mah berkata, jumlah pendapatan eksport produk komoditi berjumlah RM140.3 bilion atau merangkumi 15 peratus daripada keseluruhan jumlah eksport dagangan Malaysia iaitu 14.4 peratus lebih tinggi berbanding RM122.6 bilion pada 2016.

Beliau berkata, sektor komoditi juga kekal sebagai pengeksport bersih terbesar dan mencatat imbangan dagangan sebanyak RM100.8 bilion berbanding elektrikal dan elektronik (RM90.1 bilion) manakala petroleum dan gas (RM36 bilion). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • getah

Kategori