Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Aliran Trafik Utara, Selatan...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik ke utara dan selatan bergerak lancar dan terkawal...

PM Lancar SCenIc, Pangkalan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan sistem Insentif...

Polis Klasifikasi Kes Thaqif...

KUALA LUMPUR - Polis mengklasifikasikan semula kes kematian pelajar tahfiz yang dilapor dipukul...

Aliran Trafik Lancar Pagi...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar pada pukul...

Elak Cukai: Sanchez Dijel 16 Bulan, Tapi…

ALEXIS Sanchez dijatuhkan hukuman penjara selama 16 bulan kerana melakukan penipuan cukai di Sepanyol – tetapi pemain Manchester United itu akan elak diri daripada hukuman tersebut.

Pejabat pendakwa raya tempatan, Fiscalia de Barcelona mengesahkan tentang perkara itu kepada Press Association Sport, penyerang berusia 29 tahun itu menerima dua hukuman penjara dengan tempoh lapan bulan setiap satu.

Ini kerana Sachez gagal menjelaskan cukai selama berada di Barcelona. Tetapi, bintang baharu United itu tidak akan dikenakan ke penjara jika hukuman itu kurang daripada dua tahun.

Agensi EFE melaporkan, Sanchez mencapai satu persetujuan yang dia didakwa menipu Perbendaharaan Sepanyol sebanyak satu juta euro (RM4.79 juta) dan sorok pendapatan hak cipta gambar antara tahun 2012 dan 2013.

Menurut artikel tersebut, pemain kelahiran Chile itu akan nilai cukai itu termasuk faedah dan denda sebanyak 590,065 euro (RM2.8 juta) serta tidak akan menerima bantuan umum atau insentif cukai di Sepanyol selama dua tahun.

Sanchez merupakan pemain terkini dalam bola sepak yang dikejar oleh pihak berkuasa Sepanyol.


Pengurusnya, Jose Mourinho mendakwa dia membayar semua hutang tersebut kepada pihak berkuasa ketika dia masih di Real Madrid selepas muncul di mahkamah pada November.

Beberapa tahun lalu, Lionel Messi, Angel Di Maria dan Javier Mascherano juga antara pemain yang telah disabitkan dengan kes membabitkan bayaran cukai.

Sementara itu, Cristiano Ronaldo pula sedang melawan dakwaan berhubung penipuan cukai terhadap dirinya. – Eurosport/mStar Online

Kategori