Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kerjasama Guling Najib Tak...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan kerjasama Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Najib Tinjau Persiapan Akhir...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meninjau persiapan...

Saya Sedia Disiasat SPRM,...

JOHOR BAHRU : “Saya sentiasa terbuka, kerana saya pernah disiasat dan sudah pernah...

Pelaburan Swasta KDNK Benar...

KUALA LUMPUR - Pelaburan swasta turut akan mendorong KDNK benar Malaysia mencatat peningkatan...

Elak Produk Tempatan, Gadis Twitter Kongsi Tips Cantik

ZAMAN sekarang ni ramai wanita berkejar-kejar untuk menjadi putih dan cantik. Ada juga yang sanggup berhabis duit demi memiliki kulit muka yang mulus.

Namun tahukah anda bahawa anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak dengan melakukan rawatan beribu-ribu ringgit di spa?

Malah, anda boleh melakukan rawatan sendiri dengan hanya menitik beratkan kebersihan serta memilih produk yang betul.

Seorang pengguna laman Twitter dikenali sebagai Misya, merupakan pekerja di sebuah spa kecantikan telah berkongsi beberapa tips kecantikan kulit wajah buat para gadis di luar sana.

Misya telah menyenaraikan beberapa produk kecantian antaranya makeup remover, pencuci muka, toner, serum, moisturiser, sunblock, foundation, scrub, mask serta beberapa cara untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih.

Pertama sekali apa yang ditekankan oleh gadis dari Bangi, Selangor itu ialah tidak kira perempuan atau lelaki, anda digalakkan untuk menggunakan makeup remover.

Ini bukan hanya perlu digunakan untuk menanggalkan solekan, malah ia turut bertujuan untuk menghilangkan kotoran degil yang melekat di wajah dan seeloknya menggunakan makeup remover.

Ia mengandungi micelles kerana akan menanggalkan kotoran dengan mudah. Selain itu, pemilihan pencuci muka turut amat penting kerana jika tersalah pencuci, muka anda akan rosak.

Bagi pencuci muka, seeloknya jika menggunakan pencuci yang diluluskan atau sudah diuji oleh pakar.

Setiap orang pasti mempunyai pemikiran yang mana sunblock hanya perlu digunakan jika melakukan aktiviti luar seperti mandi di pantai atau lakukan aktiviti lasak dibawah matahari.

Tahukah anda bahawa penggunakaan sunblock atau sunscreen sangat penting bagi mengelakkan kerosakan muka dan banyak jenis sunblock dapat dilihat di mana-mana farmasi ataupun kedai kecantikan.

Dalam masa yang sama, scrub juga boleh dikatakan antara langkah yang penting untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih.

Scrub pula bertujuan untuk membuang segala macam kulit mati dan cara penggunaannya sangat mudah, hanya gunakan sebanyak dua minggu sekali sahaja.

Jerawat merupakan musuh paling utama tidak kira bagi kaum perempuan mahupun lelaki sendiri.

Punca utama jerawat ialah disebkan minyak, kekotoran serta bakteria yang terperangkap di dalam pori-pori wajah.

Apa yang paling menarik dalam perkongsian gadis berusia 20 tahun itu ialah apabila dia menekankan tentang keburukan penggunaan produk tempatan.


Menurutnya, kebanyakan pelanggan yang datang ke spa itu ialah disebabkan masalah jerawat serta parut selepas menggunakan sesuatu produk tempatan.

Malah, doktor dan therapist di situ juga sudah terbiasa dengan keadaan pesakit yang mengadu muka mula rosak selepas berhenti menggunakan sesuatu produk kecantikan tempatan.

Orang Malaysia kini hanya inginkan kulit yang putih hanya kerana mahu kelihatan cantik di hadapan mata orang lain tanpa berfikir tentang keburukan yang bakal mereka harungi pada masa akan datang.

Jika anda fikirkan bahawa detox hanya perlu diamalkan oleh seseorang yang mahu kurus, bermaksud anda sudah salah sama sekali!

Detox bukan hanya diamalkan oleh individu yang mahu menurunkan berat badan, malah ianya perlu diamalkan bagi membuang segala kekotoran yang berada di dalam perut.

Dengan pengunaan produk yang betul, anda pasti akan berjaya mendapatkan kulit wajah yang diimpikan tanpa perlu berbelanja besar sehingga sanggup membuat rawatan yang mahal.

Bukan itu sahaja, yang paling penting sekali ialah kebersihan!

Orang tua-tua pernah berpesan supaya kita menukar cadar, sarung bantal dan selimut sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Ianya bertujuan untuk membuang segala bakteria dan kekotoran yang terdapat di bantal, cadar ataupun selimut anda sendiri.

Akhir sekali, Misya turut menegaskan tentang kebersihan sejadah serta telekung yang digunakan.

Kaum wanita biasanya pasti akan terus menyarung telekung selepas mengambil wuduk tanpa mengelap atau biarkan wajah kering dengan sendiri.

Jelas sekali apabila kita terus memakai telekung dalam keadaan muka masih basah, pasti akan menghasilkan taik lalat atau daki di keliling telekung itu.

Daki dan taik lalat akan menyebabkan banyak bakteria dan secara langsung bakteria turut akan terkena di wajah anda sendiri.

Tetapi kesemua tips yang diberikan itu turut bergantung ke atas diri individu itu sendiri.

Kalau rajin, pasti akan membuahkan hasil dan jika malas, semuanya tidak akan mengubah apa-apa.

Akhirnya, anda terpaksa melaburkan beribu-ribu wang ringgit di spa terkemuka bagi melakukan rawatan pemulihan wajah.

Jangan sampai dah teruk, baru nak terkial-kial nak amalkan tips berguna ni. Alamatnya waktu tu dah kena terus keluarkan duit banyak je lah. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori