Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PTPTN Serah Waran TPP...

LARUT - Waran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)...

Anggota UMNO, PBS Boleh...

LAHAD DATU - Kira-kira 15,000 anggota Barisan Nasional (BN) Bahagian Silam di sini,...

55 Cedera Kereta Api...

KAHERAH - Lima puluh lima cedera semalam apabila tiga gerabak kereta api tergelincir...

2.3 Juta Rakyat Malaysia...

SHAH ALAM - Sejumlah 2.3 juta rakyat negara ini sudah menerima vaksin sejak...

Faizal Tahir Teruja PM Kongsi Lirik Lagu ‘Negaraku’

PENYANYI terkenal tanah air, Faizal Tahir mengakui teruja apabila lagu ciptaan Ezra Kong dan Mike Chan bertajuk Negaraku mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Faizal, lirik lagu bertema patriotik yang turut dinyanyikan oleh Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne itu telah dikongsi oleh Najib menerusi salah satu entri dalam laman Twitter miliknya, hari ini.

“Sesuatu yang menggembirakan berlaku hari ini apabila Perdana Menteri menulis lirik lagu Negaraku dalam Twitternya, hari ini.

“Perkongsiannya itu benar-benar membuat saya ceria, sekali gus menaikkan semangat untuk terus menghasilkan lagu bercorak cintakan negara selepas ini,” katanya dipetik BH Online.

Sehubungan itu, sebagai tanda terima kasih, penyanyi berusia 39 tahun tersebut dilihat turut membalas perkongsian perdana menteri itu dengan memuji penulis lirik lagu berkenaan iaitu Altimet.


Dalam perkembangan lain, Faizal dikatakan bakal berangkat ke Bangladesh bersama-sama badan kebajikan dari Brunei iaitu Hand4Hand bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan dari 5 hingga 8 Mac depan.

Mereka bakal terlibat dalam menyantuni masyarakat Rohingya iaitu etnik Muslim minoriti dari Myanmar itu yang kini ditempatkan di kem pelarian Cox’s Bazar . – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori