Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

HK Kembali Normal, Revolusi...

HONG KONG – Sejak 28 September, imej Hong Kong di mata dunia tercalar...

Kenapa Harga Insuran Motor...

SAYA rasa ianya tidak adil untuk pemilik kereta tetap membayar premium insurans yang...

Ratusan Ribu Pekerja Penjagaan...

LONDON: Kesatuan sekerja terbesar Britain memaklumkan 350,000 pekerjanya di Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS)...

Zambri: Pakar Maklumat Geospatial...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles RAMAI yang mengenali Mejar Dr. Mohd Zambri Mohamad Rabab...

Faktor Sekuriti, Pelancong Ke EU Wajib Mohon ETIAS

KUALA LUMPUR – Bermula tahun 2020, rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) perlu melalui prosedur imigresen baru.

Proses imigresen terbaru ini dinamakan Sistem Maklumat Perjalanan Dan Pengesahan Eropah (ETIAS) dan mungkin akan wajib dijalani oleh semua rakyat negara-negara bebas visa.

Menurut laman web etiaseurope.eu, pelancong daripada negara-negara bebas visa boleh berada di dalam negara yang termasuk dalam wilayah Schengen (semua ahli EU kecuali Bulgaria, Croatia, Cyprus, Ireland, Romania dan United Kingdom) untuk tempoh 90 hari.

“Ianya merupakan satu proses imigresen yang digunakan untuk mengawal kemungkinan ancaman daripada individu yang merbahaya sebelum mereka dapat melalui sempadan negara-negara EU.

“ETIAS yang memperkasakan Sistem Masuk-Keluar (EES) akan mempercepat, membantu, memperkukuh dan memodenkan prosedur kawalan sempadan dengan menawarkan perlindungan yang lebih baik terhadap pemalsuan dokumen dan identiti,” menurut kenyataan itu.

Setiap pengunjung daripada negara bebas visa perlu mempunyai ETIAS yang sah sebelum menaiki pengangkutan.

“Setelah diisu, sebuah pengesahan akan dibuat bagi membenarkan pemegangnya untuk berada di dalam wilayah Schengen sehingga tempoh maksimum 90 hari dan ianya sah tiga tahun daripada tarikh pengeluaran atau sehingga pasport pemegang tamat,” jelas kenyataan itu lagi.

Proses pendaftaran ETIAS pula amat mudah kerana hanya boleh dibuat secara dalam talian dan pengguna disyorkan untuk memohon pas berkenaan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum memulakan perjalanan.


“Ianya hanya mengambil masa 10 minit dan berharga hanya RM48.30 (10 Euro). Setiap individu dalam kumpulan pelancong perlu disahkan status perjalanan mereka.

“Bagaimanapun, pemohon bawah usia 18 tahun tidak perlu membayar kos pemprosesan.”

Antara dokumentasi yang diperlukan adalah pasport yang sah, kad kredit untuk membayar kos pemprosesan, cara berhubung dengan pemohon termasuk alamat tempat tinggal tetap, nombor telefon dan alamat emel.

“Jika permohonan anda diterima, anda akan menerima pengesahan terus di emel anda. Begitu jga sebaliknya jika permohonan anda ditolak.”

Antara negara-negara yang mewajibkan ETIAS adalah Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Lithuania, Luxembourg, Malta, Monaco, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Romania, San Marino, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden, Switzerland dan Vatican City State. – MYNEWSHUB.CC

Kategori