Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bila ‘Malaikat Bangla’ Datang...

Penulis sangat tertarik dengan luahan hati seorang lelaki bernama Emmanuel Joseph yang mengalami...

Pelabur Asing Lupus RM1.20...

KUALA LUMPUR - Pelabur asing menjual sebanyak RM367.1 juta ekuiti tempatan minggu lalu,...

Staf Hospital ‘Gila Selfie’...

Kegilaan selfie sesetengah orang memang dah tahap melampau, sampai kadang-kadang tak terfikir tentang...

Warga Emas Maut Dirempuh...

MARANG - Seorang warga emas maut selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta...

Farid Syukur Dapat Sokongan Keluarga, Peminat

PENGARAH terkenal iaitu Datuk Farid Kamil meluahkan rasa syukur dan lega kerana masih mendapat sokongan ramai dalam kerjaya seninya.

Menurut pengarah berusia 37 tahun ini, pengalaman sepanjang lima hari berada dalam tahanan reman mengajar serta memberi beliau peluang untuk lebih mengenal diri sendiri.

“Pengalaman tersebut (direman) tak boleh dibeli. Sekurang-kurangnya saya kenal siapa diri saya. Sokongan yang diberikan keluarga, rakan-rakan dan peminat adalah sumber kekuatan saya untuk hadapi dugaan ini.

“Saya menimba pengalaman yang paling bermakna dalam hidup. Macam hari ini, saya masih dapat menghadiri program MeleTOP. Apa pun, saya sangat bersyukur.

“Saya berterima kasih kepada ahli keluarga, peminat dan rakan artis yang banyak memberikan sokongan. Secara tidak langsung memberi kekuatan untuk mengharungi dugaan,” katanya seperti dipetik BH Online, hari ini.

Dalam pada itu ditanya mengenai perkembangan diri selepas kira-kira sebulan dibebaskan, Farid dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.

“Kes masih lagi dalam siasatan. Awak sudah nampak saya boleh berjalan ini maksudnya saya okey,” jawab Farid ringkas dipetik sumber.


Terdahulu, Farid didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam pada 11 Januari lalu.

Farid namun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di Majistret Mahkamah, Nor Ariffin Hisham di kompleks mahkamah Petaling Jaya dan dibebaskan dengan jaminan RM12,000. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori