Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Red Wing Shoes Buka...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kasut keselamatan utama, Red Wing Shoe Company Inc., mengembangkan...

Playboy Berhenti Terbitkan Foto...

GAMBAR lucah dalam pelbagai aksi oleh wanita seksi dengan majalah Playboy memang tidak...

Soalan Buku Tatabahasa Tahun...

TAK tahu pula kami, murid Tahun Lima alaf ini rupanya perlu juga mengambil tahu...

Guna Duit Syiling Untuk...

SINGAPURA – Seorang peniaga kereta mewah membuat laporan polis akibat berang setelah menerima...

Fasa Pertama Projek Litar Permotoran Labuan Dilancar

LABUAN – Projek pembinaan Litar Permotoran Labuan yang sudah sekian lama dinanti-nantikan akhirnya dimulakan, dengan pelancaran fasa pertama projek berkenaan hari ini.

Projek bernilai RM7 juta yang dicetuskan Pemuda UMNO Labuan sejak lima tahun lepas, akan dibina di tanah seluas 12 ekar di Kiansam dalam dua fasa, dan dijangka siap pada tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata fasa pertama melibatkan peruntukan RM3 juta melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan baki RM4 juta akan diagihkan tahun depan.

“Projek ini dijanjikan kerajaan pada 2013, dan kita memenuhinya hari ini. Kelewatan itu disebabkan beberapa perkara perlu diselesaikan seperti pengambilan tanah, reka bentuk susun atur dan juga peruntukan daripada kerajaan Persekutuan,” katanya pada majlis penyerahan peruntukan RM3 juta untuk pembinaan Litar Permotoran Labuan kepada Perbadanan Labuan dan pelancaran litar permotoran itu di Kiansam hari ini.

Beliau berkata projek berkenaan adalah sebahagian daripada projek disenaraikan dalam Pelan Tindakan Pembangunan Labuan 2030 yang dilancarkan baru-baru ini, bagi menjadikan Labuan berada di tahap lebih tinggi dalam pembangunan sukan.


Tengku Adnan berkata pembinaan litar sepanjang 1km itu akan mempunyai ‘my laps tracking timing system’ serta trek untuk perlumbaan go-kart, drift, GP mini, ‘drag strip’, ‘pocket bike’, supermoto dan superbike.

Kemudahan lain termasuk grandstand dengan tempat duduk hill stand, podium paddock, bangunan pentadbiran dan premis runcit.

“Litar ini terletak di kawasan strategik dan berdekatan dengan hab halal Labuan. Projek 4×4 dan sukan ekstrem motocross di tapak seluas 20 ekar bersebelahan dengan litar juga dalam perancangan pada masa akan datang​​​​​​,” katanya.

Beliau berkata projek berkenaan akan memberi masa depan lebih baik kepada golongan muda melalui persekitaran perlumbaan lebih selamat, sekali gus sukan permotoran akan menjadi produk pelancongan di Borneo, terutamanya di Labuan.- BERNAMA

Kategori