Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

China Adakan Mesyuarat Tergempar

BEIJING – Kabinet China mengadakan mesyuarat tergempar disertai lebih 100,000 pegawai, demikian menurut...

Lelaki Tinggal Wasiat Tanam...

SEORANG penduduk yang meninggal dunia tidak dikebumikan dalam keranda, sebaliknya mayatnya diletakkan dalam...

Newcastle Beri P’hormatan Kepada...

NEWCASTLE - Pengurus Newcastle United, Alan Pardew dan kapten pasukan, Fabricio Coloccini antara...

Semua Pusat Pemindahan Banjir...

BALING - Semua enam pusat pemindahan mangsa banjir telah ditutup dan 109 mangsa...

Fathia, Kesalahan Merogol Tiada Pengampunan Mudah!

KALAU diikutkan, memang seminggu sekali sekurang-kurangnya Fathia Latiff akan menjadi tajuk berita dek kerana kenyataan dungunya di Twitter.

Baru-baru ini, pelakon itu telah memberikan reaksi terhadap satu berita tentang hukuman yang telah dijatuhkan kepada seorang penjenayah.

Seorang penganggur telah dijatuhi hukuman mati dan penjara 18 tahun serta 12 sebatan selepas dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini kerana merogol dan membunuh seorang suri rumah tiga tahun lalu di Gua Musang, Kelantan.

Berasa seperti adalah satu tanggungjawab sosialnya untuk memberikan komen, Fathia menulis bahawa tidakkah undang undang boleh memberikan peluang kedua kepada individu tersebut sedangkan jenayah itu telah dilakukan lebih 3 tahun dulu.

Seperti biasa, para netizen pun berbondong-bondonglah mengecam kenyataan Fathia itu kerana seakan-akan meringankan kesalahan bunuh dan rogol tersebut.

Bagaimanapun, Fathia menafikan dia menyatakan bahawa semua pesalah rogol perlu diampunkan dan mengatakan bahawa kenyataannya telah sengaja diputarbelitkan oleh portal-portal hiburan tempatan.

Kata Fathia, dia hanya merujuk kepada kes yang satu itu saja, dan bukan kes-kes rogol yang lain.


Tapi Fathia, sebagai seorang graduan ijazah sarjana undang-undang, bukankah awak patut lebih arif tentang fungsi undang-undang yang sebenarnya?

Undang-undang dan hukuman bukanlah hanya bertujuan untuk menyedarkan pesalah, tetapi juga untuk memberikan pengajaran kepada ahli masyarakat tentang sebab dan akibat setiap kelakuan mereka.

Apatah lagi apabila kes itu membabitkan rogol dan bunuh seorang ibu beranak tiga. Mahu dimaafkan? Apa pula pandangan masyarakat nanti — undang-undang negara boleh dilonggarkan kerana ‘taubat’ seseorang yang telah membunuh?

Takkan itu pun tak boleh fikir sendiri? Punggah! – MYNEWSHUB.CC

Kategori