Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Dijangka Umum i-Sinar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan,...

Tuan Ibrahim Berubah Nada...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seolah-olah membuat...

Kata Tun M Tak...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyelar Timbalan...

Harga Minyak Turun, Kurangkan...

KOTA BHARU - Penurunan harga petrol dan diesel mengurangkan 10 hingga 11 peratus...

Felda Lurah Bilut Anjur Sukan Lasak Antarabangsa

BENTONG – Felda Lurah Bilut hari ini sekali lagi mencatat sejarah apabila buat pertama kali kawasan itu dipilih sebagai lokasi trek sukan lasak berskala besar dengan penganjuran Lembah Digital Bilut International 2018.

Acara sukan bertaraf antarabangsa itu menarik kira-kira 1,000 peserta dari dalam dan luar negara antaranya Indonesia, Jepun, Filipina, New Zealand dan Kenya bagi menyertai acara perlumbaan basikal mountain bike dan larian berhalangan ‘trail run’.

Penganjuran acara itu adalah bersempena pelancaran aspirasi Felda 2.0 yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, esok.

Pengarah Besar Felda Datuk Ab Ghani Mohd Ali berkata acara itu diadakan bagi memperkenalkan Felda Lurah Bilut sebagai destinasi pelancongan selain dapat membantu membawa dimensi baharu pembangunan Felda dalam 60 tahun akan datang.

“Sebelum ini dah ada trek-trek tersebut (untuk perlumbaan) jadi hari ini dilancarkan secara menyeluruh. Ini merupakan satu daya tarikan untuk memperkenalkan Bilut ke taraf antarabangsa dan persada dunia,” katanya kepada Bernama selepas melepaskan peserta Lembah Digital Bilut International 2018, di sini hari ini.

Ab Ghani berkata acara sedemikian boleh diadakan secara berkala pada masa akan datang yang mana penganjuran acara berkenaan akan diuruskan oleh generasi baharu di Felda itu.


Pada acara itu, peserta lelaki dan wanita dalam lumba basikal mountain bike berkayuh sejauh 33 kilometer (km) manakala peserta larian berhalangan ‘trail run’ berlari sejauh 12km.

Lurah Bilut cukup signifikan kepada sejarah Felda kerana kawasan penempatan yang dibuka pada 1958 itu merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama dibuka di negara ini.

Lembah di Banjaran Titiwangsa itu telah melalui pembangunan yang pesat dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti, malah pada November tahun lepas, ia turut diiktiraf sebagai tanah rancangan pertama menjadi bandar pintar menerusi projek Lembah Digital Bilut, yang merupakan projek perintis di bawah inisiatif Felda 2.0. – BERNAMA

Kategori