Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Guna Khidmat Pemain Sepak...

KUCHING - Isu pasukan sepak takraw wanita Sarawak menggunakan khidmat tiga pemain Indonesia...

Rasmi… Mahathir Angkat Sumpah...

TUN Dr. Mahathir Mohamad cipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kali...

Kereta Berpusing, Barang Berharga...

BAGAIKAN sudah jatuh ditimpa tangga pula kejadian yang melanda pelakon tinggi lampai, Tunku...

Pope Francis Pun Akui,...

MANILA – Pemimpin kerohanian tertinggi Kristian Katholik, Pope Francis pada Khamis mengutuk pembunuhan...

Filem Biopik: Sam Layak, Tapi Kena Tengok Yang Lain

DEMI menghasilkan sebuah karya berbentuk biografi atau biopik, pemilihan pelakon perlulah seseuai dengan kisah benar yang berlaku dalam kehidupan figura tersebut.

Sebelum ini, pelakon Shaheizy Sam dikatakan berbesar hati dan bersedia jika diberi peluang untuk melakonkan watak sebagai jaguh lumba basikal, Azizulhasni Awang.

Kini, pengarah fikem berkenaan, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin memberitahu bahawa ianya masih terlalu awal bagi pihak produksi untuk memberi kata putus tentang pemilihan Sam itu.

“Tempoh enam bulan pertama ini adalah untuk kajian dan pengumpulan pengalaman Azizulhasni bermula zaman sekolah hingga ke era latihan di Bukit Jalil dan Australia.

“Dalam situasi sekarang, produksi perlu menilai daripada sudut perkembangan watak disebabkan ini filem biopik,” katanya dipetik daripada BH Online.

Tambah Raja Mukhriz lagi, mereka masih tidak mengetahui lagi daripada sisi manakah kisah hidup jaguh berkenaan yang perlu ditekankan.

Namun jika bercakap soal pelakon, mereka masih lagi di dalam misi mencari siapakah yang paling layak memegang watak sebagai The Pocket Rocketman itu.

Dalam masa sama, Raja Mukhriz turut tidak menolak bahawa Sam merupakan salah seorang yang layak kerana ciri fizikal, bentuk muka, tinggi dan berat  badannya seakan-akan sama dan menepati ciri sebagai seorang Azizulhasni.


“Kita tak sangkal Sam hampir sempurna untuk membawakan karakter utama ini

“Cuma kami tidak boleh terburu-buru kerana sesi uji bakat belum lagi dimulakan.

“Walau sesiapa pun dibariskan nanti, ada beberapa ciri lain yang diambil kira kerana fasa antara zaman sekolah hingga ke tahap sekarang adalah panjang,” tambahnya lagi.

Filem ini dianggarkan bakal menelan kos sebanyak RM6 juta dan membabitkan ThreeSixty Management, UniTalent Sdn. Bhd. dan Universiti Utara Malaysia (UUM) selaku penerbit bersama.

Mengikut perancangannya, dalam sekitar pertengahan tahun 2019, penonton sudah dapat menyaksikan kisah hidup jaguh hebat ini. Sama-sama kita nantikan hasilnya nanti! – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori