Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPRM Fokus Pembersihan Perkhidmatan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus memberi penekanan kepada...

COVID-19: Kes Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR: Angka kes baharu COVID-19 sekali lagi mencatatkan peningkatan berbanding Isnin apabila...

Tun Abdullah Pemimpin Terbaik,...

KEPALA BATAS - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari...

Malaysia Intai Kepakaran Teknikal,...

SHAH ALAM - Malaysia mahu mengguna pakai kepakaran Arab Saudi dalam membangunkan bidang...

Filem ‘Padmaavat’ Dilarang Ditayangkan Di Malaysia

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan Lembaga Penapis Filem (LPF) membuat keputusan untuk tidak meluluskan tayangan filem ‘Padmaavat’ di Malaysia.

Ia ekoran jalan cerita filem itu memberi gambaran buruk terhadap Islam melalui watak seorang Sultan di sebuah Kerajaan Islam di India dalam era Kesultanan Khilji iaitu Sultan Alauddin Khilji.

“Watak Sultan Alauddin Khilji digambarkan sebagai seorang pemerintah yang beragama Islam tetapi mempunyai perangai dan tingkah laku yang buruk.

“Baginda juga digambarkan sebagai seorang Sultan yang angkuh, kejam, tidak perikemanusiaan, licik pelbagai tipu helah, tidak menepati janji dan tidak amal ajaran Islam sepenuhnya,” kata KDN dalam kenyataan media hari ini.


Bagaimanapun, KDN memaklumkan, syarikat pengedar filem terbabit boleh mengemukakan rayuan untuk mempertimbangkan semula keputusan panel tapisan filem tersebut.

Namun, Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) pada 30 Januari membuat keputusan mengekalkan keputusan LPF tidak membenarkan tayangan Padmaavat di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan – TUT). – MYNEWSHUB.CC

Kategori