Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Johari Abdul Tahan Sebak...

KUALA LUMPUR – Perbahasan anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pada sidang...

Rasuah Langgar Integriti, Bunuh...

KUALA LUMPUR - "Integriti mampu mengekang amalan rasuah, malah dalam konteks yang lebih...

Peranan Media Massa Sebar...

KUALA LUMPUR - Peranan dan tanggungjawab media massa yang hanya menyebarkan maklumat tepat...

MB Kelantan Dahului Penerima...

KOTA BHARU Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengetuai senarai penerima gelaran kebesaran,...

Filipina Larang Rakyatnya Kerja Di Kuwait

MANILA – Filipina semalam, menguatkuasakan larangan rakyatnya bekerja di Kuwait selepas Presiden Rodrigo Duterte menyatakan kemarahannya terhadap laporan layanan buruk, termasuk penderaan dan kematian pekerja Filipina di negara itu.

Perangkaan kerajaan menunjukkan 252,000 rakyat Filipina bekerja di Kuwait, sebahagian besarnya sebagai pembantu rumah.

Mereka sebahagian daripada dua juta rakyat Filipina yang bekerja di negara Arab.

Semalam, Setiausaha Sumber Manusia Filipina, Silvestre Bello, mengumumkan larangan sepenuhnya pekerja baru ke Kuwait, termasuk mereka yang sudah mendapat permit tetapi belum berangkat.

Kerajaan juga tidak menolak kemungkinan menarik balik semua permit pekerja Filipina yang sedang bekerja di Kuwait.

“Berikutan banyak kejadian penderaan dan kematian pekerja Filipina di Kuwait, larangan sepenuhnya pengambilan pekerja ke negara itu dilaksanakan.

“Larangan ini berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Bulan lalu, Duterte melarang rakyat Filipina bekerja di Kuwait, namun tidak membabitkan mereka yang sudah mendapat permit.

Jumaat lalu, Duterte yang mengecam Kuwait sambil menunjukkan gambar mayat pembantu rumah Filipina ditemui dalam peti sejuk, berkata mangsa ‘dipanggang seperti babi’.


Wanita itu dipercayai didera hingga mati oleh majikannya, lelaki Lubnan dan isterinya dari Syria yang meninggalkan rumah berkenaan kosong sejak setahun lalu. Mayat mangsa ditemui pemilik rumah itu yang datang bersama perintah mahkamah untuk menghalau penyewa terbabit.

Duterte juga mendakwa majikan Arab sering memperkosa pekerja Filipina, memaksa mereka bekerja 21 jam sehari dan memberi makanan seadanya.

“Ada yang salah dengan budaya anda? Ada yang salah dengan nilai murni anda?” katanya.

Kedutaan Kuwait di Manila enggan mengulas.

Kes pekerja Filipina didera, dipaksa bekerja keterlaluan, dirogol dan mati dalam keadaan mencurigakan di negara Arab sudah lama menjadi isu.

Kerajaan Filipina kini menilai China dan Russia sebagai pasaran baru untuk mengeksport tenaga kerjanya. – AFP/myMetro Online

Kategori