Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pasukan HM4P Dinasihat Pulang...

PETALING JAYA - Pasukan Misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang kini berada...

RUU 355: UMNO Akan...

PUTRAJAYA - UMNO akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) mengenai...

Bantuan Khas: Pekebun Getah...

PADANG BESAR - Para pekebun kecil getah termasuk pemilik kebun dan penoreh getah...

KPDNKK N.Sembilan Keluar 33...

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan telah...

Gara-Gara Pinjam 120K, Peniaga Rugi Sekali Ganda

KUANTAN – Gara-gara terpedaya dengan tawaran pinjaman mudah sebanyak RM120,000, seorang peniaga terpaksa menanggung kerugian lebih RM240,000 apabila ditipu oleh seorang lelaki yang mendakwa mengendalikan sebuah agensi pinjaman wang pada Oktober tahun lepas.

Pada mulanya mangsa Yin Kah Hing, 48, menerima panggilan daripada seorang individu yang menawarkan pinjaman peribadi sebanyak RM120,000, namun dia menolaknya.

“Suspek kemudian menghubungi semula dengan menunjukkan cek RM120,000 atas nama saya melalui aplikasi WhatsApp dengan tawaran bayaran bulanan RM900 lebih selama 15 tahun dan tertarik dengan tawaran itu, saya telah menyerahkan dokumen berkaitan untuk urusan pinjaman.

“Lelaki itu kemudian memaklumkan telah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun, namun apabila diperiksa, didapati wang berkenaan masih lagi belum dipindahkan ke akaun saya,” kata Yin kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum di sini hari ini.

Berikutan itu katanya, dia menghubungi suspek sekali lagi bagi memaklumkan perkara berkenaan namun lelaki itu memaklumkan mangsa perlu membayar sebanyak RM120,000 lagi untuk bayaran perkhidmatan sebelum wang berkenaan diperoleh.

Katanya, suspek mendakwa wang yang dimasukkan itu akan dikembalikan semula kepada mangsa sambil menunjukkan cek yang berjumlah lebih RM500,000 sebagai bukti.


Bagaimanapun, setelah gagal memperoleh kesemua wang yang diberikan itu, barulah dia menyedari telah ditipu sebelum membuat laporan polis baru-baru ini.

“Saya berharap orang ramai dapat menjadikan kisah saya ini sebagai pengajaran dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana tawaran menarik jika dihubungi oleh seseorang yang tidak dikenali melalui panggilan telefon,” kata mangsa. – BERNAMA

Kategori