Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

20 Markah Untuk Kad...

KUALA LUMPUR - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hanya memberikan 20 markah untuk kad...

Pekerja Kontrak Dipenjara 6...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kontrak dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah...

Mahathir Pertahan Staf Lantikan...

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menafikan bahawa pegawai lantikan politik mengganggu tugas-tugas...

Wanita Dikurung 16 Tahun...

SEORANG wanita yang dihukum oleh keluarganya dengan mengurungnya dalam keadaan bogel di dalam...

Gaun Bernard Buat Kate Middleton Terpegun

BUSANA rekaan ‘Raja Fesyen Malaysia’ Datuk Seri Bernard Chandran sememangnya menjadi pilihan klien antarabangsa termasuklah kerabat Brunei, namun kini keluarga DiRaja Britain turut mengagumi pakaian rekaannya.

Kate Middleton, isteri Putera William dan memegang gelaran Duchess Of Cambridge, terpegun dengan persalinan adibusana rekaan Bernard semasa majlis resepsi Commonwealth Fashion Exchange (CFE) di Buckingham Palace, London, semalam.

Bernard, 50, merupakan satu-satunya pereka fesyen Malaysia yang membuat pameran di dalam majlis berprestij tersebut.

SHE WANTS TO KNOW MORE

A post shared by Bernard Chandran (@bernardchandran) on

Teruja dengan minat yang ditunjukkan oleh Kate, Bernard memuat naik sekeping gambar di Instagram miliknya sambil meluahkan rasa gembira menerusi kapsyen: “Beliau (Kate) mahu tahu lebih lanjut.”

Keseluruhan koleksi rekaan Bernard kali ini menampilkan gaun korset bustier dengan mantel yang diperbuat daripada songket.

Dalam satu temu bual dengan platform gaya hidup Buro 24/7 Malaysia, Bernard berkata dia teruja untuk mengetengahkan rekaan yang menggabungkan elemen tradisi dan budaya Malaysia dalam ‘nafas’ baru.

“Saya telah bereksperimen dengan tekstur dan tekstil yang menggunakan songket yang merupakan material seakan-akan brokad yang diminati oleh golongan bangsawan,” katanya.


Beliau menambah bahawa beliau berharap untuk menyuntik inspirasi kepada generasi muda agar berbangga dengan budaya dan tradisi turun-temurun mereka.

“Tradisi mungkin dipandang sepi oleh sesetengah golongan namun apa salahnya jika kita suntikkan pembaharuan dan individualiti yang bertaraf antarabangsa pada busana kita,” kata Bernard lagi.

CFE merupakan sebuah projek yang meraikan pereka-pereka terkemuka dan baru meningkat naik dari 53 negara Komanwel.

Daripada Buckingham Palace, rekaan-rekaan adibusana itu akan dipamerkan di beberapa lokasi sekitar kota London untuk tatapan awam menjelang Sidang Kemuncak Pemimpin Kerajaan Komanwel pada April ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori