ANUGERAH Juara Lagu ke-32 (AJL32) telah melabuhkan tirainya malam tadi, lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini, Jampi telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Seperti kebiasaan, setelah keputusan diumumkan, juara akan melakukan persembahan kemenangan di akhir konsert bagi meraikan pencapaian mereka.
Mencuri tumpuan, artis kontroversi, Iqram Dinzly dilihat berlari ke atas pentas dan menari ala ‘balet’ bersama pemenang-pemenang lain ketika Hael mendendangkan lagu Jampi untuk merayakan kemenangannya.
Tindakannya itu nyata mencuit hati penonton yang berada di stadium serta penonton di rumah apabila gelagatnya itu turut dirakam kamera siaran langsung TV3.
Di laman sosial, gelagat spontan Iqram Dinzly itu menjadi bualan dengan salah satu perkongsian video di Twitter menjadi tular.
Satu perkongsian video yang dimuat naik Afiqa Azrif ketika berita ini ditulis mendapat lebih 46,000 tontonan menghiburkan netizen.
Aku rasa #AJL32 paling win kali ni part yang ni do 😂🤣 tiba2 muncui. Dia mai dari mana tah! 🤪🤦🏻♀️ HAHAHAHAHHA pic.twitter.com/50Mkx2YgUa
— افيقا ازريف (@iAfiqaAzrif) February 11, 2018
“Aku rasa #AJL32 paling win kali ni part yang ni tiba-tiba muncul. Dia mai dari mana tah? Hahaha,” tulisnya sambil menempelkan video tersebut.
Komen-komen netizen di laman Twitter rata-rata terhibur dengan tindakan Iqram menari di atas pentas sejurus keputusan diumumkan dengan salah seorang netizen menyifatkan Iqram adalah orang yang telah di’jampi’ lagu tersebut.
Okay tediaaa makhluk kuning dah masuk. Dia ni laaa yang dijampi sebenarnya. #AJL32 #IqramDinzly pic.twitter.com/dBa1vxiSK7
— Kel Kel 🥀 (@khxlisjohxr) February 11, 2018
“Okay tudiaaa makhluk kuning dah masuk. Dia ni laaa yang dijampi sebenarnya,” tulis seorang pengguna yang menggunakan nama khxlisjohxr.
Tidak dapat dinafikan, AJL 32 ini merupakan antara penganjuran terbaik sepanjang sejarah AJL oleh kerana saingan sengit kesemua lagu serta keputusan yang dibuat juri profesional dilihat sebagai tepat dan tidak menimbulkan persoalan ramai. – MYNEWSHUB.CC/EZ