Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Amaran Cuaca Buruk Di...

KOTA BHARU : Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di...

Zoo Melaka Sedang Giat...

MELAKA - Kerja menaik taraf Zoo Melaka dan Night Safari sedang giat dijalankan...

Sekolah Diarah Sediakan Peti...

KUALA NERANG - Pihak pengurusan sekolah menengah dan rendah di seluruh negara diarah...

Arab Saudi Tetapkan Selang...

RIYADH : Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan selang masa 10 hari...

Gementar Tunggu Hari Bahagia, Dynas Nikah 21 April

TEKA-TEKI mengenai tarikh pernikahan pelakon, Dynas Mokhtar akhirnya terjawab apabila beliau mengumumkan bakal bernikah dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada 21 April depan.

Dynas berkata, setakat ini persiapan majlis tersebut berjalan dengan lancar selain memberitahu beliau kini dalam usaha menurunkan berat badan sementara menunggu hari bahagia itu.

“Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah ibu di Shah Alam. Majlis bertandang diadakan pada 28 April di sebuah dewan di Damansara manakala resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.

“Alhamdulillah, persiapan lancar, cuma ada beberapa lagi perkara yang akan dibuat pada saat-saat akhir termasuk persalinan perkahwinan. Dapatlah saya kurangkan berat badan sementara menunggu hari bahagia,” katanya dipetik BH Online.

Baca: Dynas Mokhtar Tamat Zaman Solo April Depan

Meskipun teruja melangkah ke alam perkahwinan namun Dynas mengakui turut diburu perasaan gemuruh biarpun perkahwinan ini adalah kali kedua buat dirinya.

“Apatah lagi Shazrik yang memang belum pernah berkahwin,” ujar Dynas.

Dalam perkembangan lain, Dynas kini telah dilantik sebagai pegawai pemasaran di Restoran 4Play Seafood & Co. di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.


Mengulas lanjut mengenai tugas baharu tersebut, aktres berusia 35 tahun itu mengakui ini adalah kali pertama beliau bekerja di bawah majikan.

Terdahulu, Dynas pernah berkahwin dengan Mohd. Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 namun mereka bercerai pada 25 Februari 2014 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menerusi perkahwinan pertama itu, Dynas dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori