SYDNEY – Lebih 30 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 yang melanda Papua New Guinea pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.
Pusat gempa itu terletak 96 kilometer di barat daya bandar Mendi.
Akhbar tempatan, PNG Post Courier, melaporkan bahawa 13 orang terbunuh di Mendi manakala 18 lagi di kawasan berhampiran Kutubu dan Bosave. – BERNAMA