KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter berlaku di Oaxaca, Mexico pada 7.39 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 16.6 darjah utara dan 98.0 darjah barat iaitu 268 km tenggara dari Puebla di Mexico.
Gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami. – BERNAMA