Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

9 Masalah Legasi PM...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyenaraikan 9 masalah legasi...

Stimulus Packages Have Softened...

KUALA LUMPUR - The Government’s stimulus packages and the short-term economic recovery plan...

Saya Akan Beritahu Bila...

PELAKON Intan Ladyana memberitahu dia tidak mahu lagi bercerita tentang hal peribadi dan...

PDEA Tidak Akan Dibentang...

KUALA LUMPUR – Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) yang dicadangkan tidak akan...

Geran Tanah Felda Begitu Bermakna Buat Peneroka

MUAR – Tiada apa yang lebih menggembirakan Zalehar Giman, 60, peneroka Felda Maokil di sini selain menerima geran tanah yang diterokainya bersama-sama rakan-rakan lain sejak tanah rancangan itu dibuka hampir 30 tahun lepas.

Lebih istimewa geran itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi Zalehar, geran tersebut bukan sekadar kertas perjanjian pemilikan tetapi lebih kepada harta yang bakal diwarisi anak cucu untuk dimanfaatkan sebaik mungkin apabila beliau sudah tiada.

“Pewaris generasi kedua macam anak-anak saya mungkin boleh menggunakannya untuk didiami, membangunkan tanah ladang untuk aktiviti pertanian, tujuan perniagaan dan sebagainya.

“Saya tahu pada masa akan datang, peluang untuk memiliki tanah pastinya lagi sukar berbanding ketika ini,” katanya ketika ditemui Bernama.

Jelasnya, geran tanah itu juga bakal menentukan masa depan keluarganya jika aset yang ada diurus dengan lebih baik dan semestinya ia begitu bernilai.

Pada Jumaat lepas, geran tanah notis 5A diberikan kepada 721 peneroka Felda itu yang mana kesemua geran itu meliputi tanah rumah seluas 200 ekar (80.93 hektar) dan 7,823 ekar (3,165.8 hektar) tanah ladang.

Terletak 80 kilometer dari Bandar Maharani Muar dengan kira-kira sejam setengah perjalanan, Felda Maokil dinamakan bersempena sebuah gunung bernama Maokil setinggi 1,986 kaki (605 meter) yang boleh dilihat dengan jelas dari Lebuhraya Utara-Selatan.

Kira-kira 5,000 penduduk mendiami Felda Maokil 1,2,3 dan 4 yang kesemuanya terletak bersebelahan antara satu lain dan dilengkapi dengan sekolah rendah, sekolah menengah, pondok polis, masjid dan pusat perniagaan termasuk stesen minyak.


“Tanah rancangan Felda di seluruh Malaysia sememangnya sentiasa berada dekat di hati saya. Felda berubah kerana jasa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN). Masyarakat Felda perlu mengingati semangat perjuangan dalam pembangunan Felda dan jasa pemimpin terdahulu untuk membangunkannya,” kata Najib dalam ucapannya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut meriah warga peneroka yang mengambil kesempatan bersalaman dan bergambar.

Najib turut mengingatkan warga Felda bahawa di sebalik kemeriahan pembangunan yang dikecapi, mereka perlu bersedia untuk mengubah landskap kehidupan dan melakukan anjakan paradigma jika ingin terus kekal berdaya saing dan maju.

Bersetuju dengan pesanan pemimpin negara itu, seorang peneroka yang memperkenalkan diri sebagai Ibrahim Man, 59, berkata generasi Felda seterusnya perlu mengukuhkan sumber ekonomi dengan melengkapi diri misalnya dengan kemahiran dalam perniagaan untuk meningkatkan taraf hidup, dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Anggota Parlimen Muar Datuk Seri Razali Ibrahim pula berkata pemberian geran itu bukti kebajikan peneroka sentiasa dijaga malah lebih banyak lagi bakal menjadi koleksi insentif jika kepercayaan terus diberi kepada kerajaan.

“Dahulu pada Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10), Felda dapat dalam bentuk pembekalan paip, RMK11 pula peruntukan sebanyak RM1bilion untuk lampu dan jalan, kini kerajaan bantu pula untuk pasang lampu jalan yang menghubungkan antara satu tanah rancangan ke tanah rancangan lain.

“Ini dasar pentadbiran yang lebih inklusif. Ia akan rancakkan lagi pembangunan di tanah Felda dan hakikat ini perlu diakui dan ditunjukkan dengan rasa terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan,” katanya selepas majlis penyerahan Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung Negeri Johor di Bukit Mor, disempurnakan Najib pada hari sama. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Felda

Kategori