Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ibu Kandung Mangsa Dera...

KOTA BHARU - Ibu kandung kepada kanak-kanak malang berusia lima tahun yang disyaki...

Gagal Pertahan Bos, DAP...

KUALA LUMPUR - Niat mereka hendak mempertahankan kenyataan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) minggu...

Putera Charles Didakwa Terima...

LONDON – Pewaris takhta Britain, Putera Charles didakwa menerima wang €3 juta (RM13.9...

Mahathir Ditempelak Buat Pusingan...

TELUK INTAN - Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak tindakan Tun Dr. Mahathir...

Undang Pemantau Luar, Cuba Beri SPR Imej Buruk

BERA – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan gesaan pakatan pembangkang agar badan asing dipanggil bagi memantau perjalanan pilihan raya umum (PRU) ke-14 bertujuan memberi gambaran buruk terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya mereka mahu menunjukkan bahawa SPR tidak mampu mengendalikan perjalanan PRU kali ini walaupun selama ini agensi tersebut menguruskan pilihan raya tanpa sebarang masalah.

“Cadangan itu tidak lain semata-mata untuk menunjukkan bahawa SPR tidak boleh dipercayai sebagai sebuah badan bebas, telus dan berkecuali. Tetapi jika benar SPR tidak berlaku adil, mengapakah pembangkang berjaya menguasai Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor,” katanya hari ini.

Beliau ditemui pemberita pada program Moh Ngeteh bersama kira kira 500 warga Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Majlis Daerah Bera dan Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah di sini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut menyifatkan gesaan pembangkang tersebut sebagai usaha membawa masuk campur tangan asing dalam pentadbiran negara ini.

Kelmarin, Timbalan Presiden Pakatan Harapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mencabar kerajaan supaya mengundang pasukan pemantau pilihan raya bebas daripada Sekretariat Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memantau perjalanan PRU14.


Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata SPR perlu diberikan kepercayaan penuh mengendalikan PRU di negara ini tanpa campur tangan pihak yang tidak berkenaan.

Pada masa Anggota Parlimen Bera itu meminta rakyat supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran berita palsu menerusi media sosial yang boleh mencetuskan pelbagai persepsi negatif dan merosakkan keharmonian negara. – BERNAMA

Kategori