Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelbagai Usaha Kesan Individu,...

BALING - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan terus mempelbagaikan usaha mengesan individu dan...

Anak Lelaki PM UAE...

ABU DHABI - Dubai mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari selepas anak kepada pemerintah Emiriah...

ICQS Pengkalan Kubor Meriah,...

TUMPAT : Menjelang sambutan Aidiladha yang bakal disambut esok, keadaan di Kompleks Imigresen,...

21 Mat Rempit Ditahan...

Putrajaya : Seramai 21 orang mat rempit ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik...

GETS Persiapkan Graduan Diperlukan Pemain Industri

KUBANG PASU – Program perantisan Skim Latihan Kebolehpasaran Graduan (GETS) dilihat sebagai satu daripada platform terbaik untuk mempersiapkan graduan dengan latihan dan kemahiran yang diperlukan pemain industri, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Beliau berkata program dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu akan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada golongan berkenaan mengikut kebolehan dan kepakaran masing-masing.

Katanya profil graduan yang telah berdaftar dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk menyertai program itu akan dipadankan dengan jawatan dan peluang pekerjaan ditawarkan pemain industri terlibat iaitu kira-kira 70 syarikat yang berkolaborasi dengan agensi tersebut.

“(Graduan) diberikan latihan lanjut, mungkin internship training (oleh syarikat) malah mungkin peluang kerja sekiranya ada kekosongan,” kata Anggota Parlimen Jerlun itu kepada pemberita selepas merasmikan Program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK) peringkat daerah Jerlun dekat sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif dan Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara Zulfikri Osman.

1MPAK dilancarkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob pada 27 Jan lepas dan ia merupakan satu inisiatif KKLW yang diterajui Mara dengan matlamat untuk mencapai mobiliti sosial dan ekonomi terutamanya kepada kumpulan sasar iaitu isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Bagi fasa pertama pelaksanaan 1MPAK, siri jelajah ke daerah terpilih akan dilakukan ke seluruh negara dalam usaha menyebarkan maklumat tentang program itu khususnya kepada komuniti setempat selain menguar-uarkan inisiatif lain ditawarkan kementerian itu dan Mara serta agensi lain di bawah kementerian tersebut.


Dalam pada itu, Zulfikri berkata latihan tambahan akan diberikan kepada graduan yang menyertai GETS dalam usaha untuk mengatasi jurang kompetensi antara graduan dengan tahap kompetensi yang diperlukan pemain industri terbabit.

“Untuk menangani (jurang kompetensi) Mara akan bekerjasama dengan pemain industri untuk beri latihan tambahan supaya jurang kompetensi itu dapat diperkecilkan,” katanya.

Beliau berkata terdapat tiga bentuk latihan akan diberikan kepada graduan berkenaan iaitu yang pertama latihan dilaksanakan 100 peratus di institusi Mara, kedua 50 peratus di institusi Mara manakala 50 peratus lagi di syarikat dan ketiga latihan sepenuhnya di syarikat. – BERNAMA

Kategori