Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Anak Kikis Wang Simpanan...

JOHOR BAHRU - Kecewa dengan anak yang mengikis semua wang simpanan RM100,000 dalam...

Tengku Abdullah Timbang Keputusan...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad...

Jakim Nafi Biskut Butang...

BISKUT yang diatasnya berbentuk kon dengan pelbagai warna menjadi antara snek makanan zaman kanak-kanak...

Jamal Baju Merah Ditahan,...

SEPANG - Mungkin ini insiden paling pelik di negara kita apabila penganjur perhimpunan...

Ghaddar Kembali Kuatkan Jentera Serangan Kelantan

KOTA BHARU – Bekas penyerang import Kelantan musim lalu, Mohammed Ghaddar akan kembali memperkuatkan jentera serangan pasukan The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Malaysia 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pemain dari Lubnan itu dibawa masuk bagi menggantikan pemain import, Magaro Gomis yang mengalami kecederaan.

“Mohammed Ghaddar dijangka tiba Khamis ini untuk bersama pasukan menjalani latihan bagi persiapan menghadapi perlawanan Liga Super,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Bibi Ramjani berkata KAFA sudah melengkapkan pendaftaran pemain berkenaan.

Beliau berkata dengan kehadiran pemain tersebut, pihaknya berharap ia akan memberi kesan positif kepada pasukan bimbingan Sathit Bensoh itu.


Sepanjang mewakili Kelantan musim lalu, Mohammed Ghaddar berjaya menjaringkan 18 gol dalam 12 perlawanan, sebelum beliau berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). – BERNAMA

Kategori