Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Golongan Muda Raih Manfaat...

TOKYO - Projek mega seperti Transit Aliran Massa (MRT) telah mencipta beribu-ribu peluang...

MPAG Tolak Sampul Raya...

KUALA LUMPUR - Sampul duit hari raya Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang...

Wanita Terkejut Gambar Dua...

SEORANG wanita terkejut selepas gambarnya memakai pakaian untuk Halloween, dua tahun lalu, kini...

Floor 88 Bukan Jenis...

SELEPAS single sulung mereka, Zalikha berjaya mendapat tempat di hati pendengar, kumpulan Floor...

Guru Dapat Balik Iphone, Tapi Pelajar Dituduh Curi Maut

PILU… Pelajar tingkatan dua dari sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang yang dituduh curi telefon bimbit iPhone milik seorang gurunya menghembuskan nafas terakhir awal pagi Khamis.

Remaja terbabit yang hanya dikenali sebagai Vasanthapiriya meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 pagi selepas lebih seminggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Presiden Tamilar Kular Malaysia, David Marshel Pakianathan berkata kepada media bahawa mayat mendiang kini ditempatkan di Unit Forensik HSJ bagi membolehkan proses bedah siasat dilakukan.

Memetik sumber, presiden itu berkata keadaan Vasanthapiriya mula kritikal selepas tekanan darahnya mulai lemah lewat petang Rabu dan keadaan mangsa bertambah tenat pada jam 3 pagi Khamis sebelum meninggal dunia.

David berkata lagi, semua pihak bersedih atas pemergian mendiang dan beliau yang mewakili ahli keluarga Vasanthapiriya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan mangsa ketika koma.

BACA : Pelajar Dituduh Curi iPhone Guru Kini Mati Otak

Dalam kejadian 22 Januari lalu, Vasanthapiriya dikatakan cuba cuba menggantung diri dengan menggunakan lilitan selendang di biliknya ekoran tertekan selepas disyaki mencuri iPhone 6 milik salah seorang guru wanita.


Insiden itu, bagaimanapun hanya disedari oleh kedua-dua ibu bapanya kira-kira pukul 8.20 malam yang kemudian bertindak pantas menyelamatkan remaja itu sebelum dikejarkan ke sebuah hospital.

Sementara itu, difahamkan pelajar berkenaan turut meninggalkan nota ringkas kepada ibu bapanya yang menafikan bahawa dia pernah mencuri gajet pintar tersebut namun tidak pula mahu menyusahkan mereka.

Berita kematian tragik pelajar ini mendapat perhatian luas netizen tempatan yang mengutuk keras tindakan guru terbabit sebagai keterlaluan setelah gembira berjaya mendapatkan semula iPhone miliknya.

Namun pada masa sama, menyebabkan sebuah keluarga kehilangan pula anak mereka buat selama-lamanya akibat tuduhan jenayah tanpa bukti kukuh tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori